Wednesday, December 16, 2009

AYAH



Every glory we have must come with sacrifice in life
Good AYAH always lost his life because of family
But families always punish their AYAH when they lost something
Think it!!!!!!!
We must look forward
What we do today will create something for tomorrow
Don't be shy to say no
If it will be safe us from hypocrite
Don't be shy to say no
If it can make us more suitable to each other
Don't be shy to say no
If you love each other
BUT remember one thing
AYAH....
Is something that you can't get it back
Anymore if you lost it....
Anyway this is something AYAH what to share.....
MAMA, Irdina, Iman & Nur Kasih(my future baby) always in my HEARD....

LOVE YOU ALL FOREVER...

Tuesday, December 1, 2009

Kejujuran - Hadiah Terbaik Untuk Diri Anda


Kejujuran - Suatu sikap atau sifat yang makin hari makin hilang pada diri kebanyakan manusia, baik jujur pada diri sendiri mahupun kepada insan yang lain. Selama ini kita hanya mengetahui bahawa jika kita tidak jujur, berbohong atau tidak ikhlas dalam menjalankan sesuatu itu kita akan mendapat dosa dan balasannya samada di dunia atau pun diakhirat. Dengan kehidupan yg semakin hari semakin tertekan, dengan darah sentiasa punyai hormon cortisol dan andrenalin yg mengurangkan aliran darah ke frontal lobe, manusia tidak boleh melihat kesan dari perbuatan tidak jujur itu tadi, jika balasan didunia sudah tidak boleh dipertimbangkan apatah lagi balasan diakhirat.

 

Setiap perbuatan itu bermula di otak, dari apa yg difikirkan dan diniatkan, setiap fikiran itu juga akan merembeskan beribu2 kimia emosi (peptide) hormon dan steroid untuk manusia “mengarahkan” sel2 badan untuk melakukan proses2 tertentu. Sains lama menganggap sel2 badan kita hanyalah “gear2 mesin” yg menjalankan tindakan hasil dari arahan dari otak melalui sistem saraf, sains yg baru membuktikan bahawa sel2 kita juga adalah satu komuniti yg berinteraksi dgn jaringan komunikasi yg rumit baik dari aliran elektrik dari sistem saraf mahupun secara kimia. Apa yg menakjubkan lagi sel2 kita juga seolah2 mempunyai kebijaksanaannya tersendiri untuk membantu manusia hidup didunia ini tetapi ianya hanya menerima arahan dari otak melalui apa yg difikirkan.

 

Dari perenggan diatas, apa kena mengena pula dgn kejujuran? Mari kita ambil satu senario. Tahun baru menjelang dan anda menanam azam yg kuat untuk berhenti merokok, pada pagi tahun baru anda masih boleh menahan ketagihan anda lagi, tetapi selepas sahaja makan tengahari anda sudah mula gelisah, terdetik di fikiran anda, “ala sebatang je” atau pun “takpela, tahun depan aku berhentila” (sila baca artikel Berfikir Ikut Rasa” untuk mengetahui darimana terdetiknya fikiran tersebut”), dan tanpa berlengah2 lagi anda lupa apa azam yg dibuat dan kembali merokok dan menikmatinya dgn enaknya.

 

Dalam senario ini, anda sudah tidak jujur dgn diri anda sendiri, kerana pada mulanya anda sudah menanam azam yg kuat tetapi bila tiba masanya anda berubah fikiran. Ini kejujuran pada diri sendiri, bagaimana pula kejujuran dgn insan lain, apa yg anda katakan tidak sama dgn apa yg anda lakukan, apakah kesan yg selama ini kita tidak boleh lihat pada diri sendiri.

 

Sebenarnya didunia lagi balasan terhadap ketidak jujuran ini sudah dirasai, hampir semua mereka yg mengambil lewa akan kejujuran ini selalunya hidup didlm keadaan tertekan atau stress. Selalunya manusia tidak jujur dan berbohong kerana takutkan sesuatu, perasaan takut ini walaupun terhadap sesuatu yg belum terjadi sudah cukup untuk mengaktifkan hormon stress didlm diri anda. Mereka yg hidup dgn penuh kejujuran selalunya mereka yg tenang dan punyai hubungan yg baik dgn insan2 disekeklilingnya.

 

Insan yg jujur punyai peribadi yg mulia, punyai fokus dan arah tuju yg nyata didlm kehidupan dgn pemikiran yg tidak berbelah bagi terhadap apa yg diucapkan, yakni niat dan perbuatan itu selari. Ini dari segi biologinya pula membuatkan fikiran dan juga sel2 badan kita menjadi satu dan tidak keliru didalam proses mengeluarkan tindak tindak tanduk dan perbuatan hasil dari apa yg diniat/fikirkan pada asalnya.

 

Apa terjadi bila insan yg jujur ini ditimpa penyakit contohnya kanser? Jika dia menanamkan niat mahukan kesembuhan dan selalu berdoa untuk tujuan tersebut, bukankah sel2 badannya akan membantu dirinya untuk menjalankan proses penyembuhan tersebut dan akan melakukan proses2 tertentu dgn lebih rancak lagi seperti menaikan kadar serapan protein, memaksimakan proses penghadaman protein dgn berkesan lagi, menghantar khasiat2 ke kawasan kanser, merembeskan hormon2 tertentu untuk membantu menghasilkan sel2 baru dan sebagainya. Sel2 anda tidak keliru kerana sudah biasa dgn sikap anda yg “cakap serupa bikin”. Bagaimana pula dgn mereka yg sebaliknya? Sel2 badan akan keliru seperti biasa kerana apa yg diniatkan oleh tidak sama dgn perbuatan jadi begaimana insan tersebut akan mendapat bantuan dari “dalam” dirinya sendiri untuk sembuh? Sel2 badan anda secara kolektifnya berkata "ala tuan aku ni main2 je, bukahkah selalunya dia cakap tak serupa bikin"

 

Jika dilihat dari segi solat pula, jika solat yg didirikan bukan niat ikhlas dan jujur kerana Allah taala, apabila tiba saat kita benar memerlukan pertolongan, adakah layak kita mendapat pertolonganNya. Namun ramai yg masih tidak sedar, disebabkan sifat Allah yg maha pemurah inilah yg membuatkan doa kita termakbul walaupun kita hanya meminta disaat terdesak, lupa padaNya disaat senang, sihat dan gembira. Sesungguhnya ramai antara manusia itu terdiri dari golongan mereka yg tidak bersyukur.

 

Bersifat jujurlah, terutamanya pada diri sendiri. Kejujuran itu untuk kebaikan diri anda sendiri dan bukan untuk insan lain. Bersolatlah dgn jujur dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah dan bukan untuk menunjuk-nunjuk, moga kita tidak tergolong di dalam golongan mereka yg munafik. Kejujuran adalah hadiah paling berharga yang anda boleh berikan pada diri anda sendiri, dari diri anda ia akan memberi manafaat kepada insan disekeliling anda pula

Ubah Cara Hidup atau Ubah Cara Berfikir ?


Sejak harga minyak dan barangan semakin naik ni banyak email dan perbincangan cara-cara untuk berjimat cermat, yang naik kereta kena naik motor, yang makan beras mahal kena makan beras murah dan sebagainya.

Apa kata sebelum ubah cara hidup kita ubah dulu cara berfikir? Hukum alam menunjukkan semua ciptaan Allah yang bernyawa itu membesar, berkembang, membiak dan sebagainya. Dalam ertikata lain, semakin kehadapan, jadi jika kita mengubah cara hidup kita kearah kebelakang (dengan lebih mengikat perut) maknanya kita seolah2 menolak hukum alam ciptaan Allah yang Maha pemurah.

Jika kita selalu memikirkan kemiskinan, itu yang makin kita nampak, jika kita memikirkan kena berjimat, makin hari makin kena berjimat, jika fikirkan hidup ini susah untuk mencari duit, makin susah nak dapat duit. Sedangkan ulat dalam batu pun ada rezekinya yang Allah janjikan, inikan pulak manusia yang ada akal dan fikiran.

Jika kita ubah fikiran kita, nescaya kita akan lihat dunia ini dari sudut yang berbeza, contohnya, bagi mereka yang sentiasa memikirkan kesusahan hidup, tin-tin kosong hanyalah sampah, tetapi jika kita fikirkan dunia ini penuh dengan peluang2 menambahkan rezeki, tin-tin kosong itu adalah salah satu cara untuk menambah rezeki. Ini contoh yang remeh, byk lagi contoh yang lebih besar...

Semua kreativiti dan ciptaan bermula di minda, kerusi tidak akan dicipta jika tiada orang terfikir lebih selesa duduk beralas dari duduk diatas tanah, kemudian dengan usaha terciptalah kerusi. Kekayaan juga perlu bermula di fikiran/minda, bila minda terbuka, pasti Allah akan membuka jalan untuk kita berjaya. Kita akan jadi lebih peka kepada peluang2 menanbahkan rezeki. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu jika dia sendiri tidak mahu berusaha mengubahnya.

Masalahnya kita selama ini ialah terlampau mengharapkan manusia lain untuk menambahkan rezeki kita dan kecewa,marah menyumpah seranah bila manusia yang kita harapkan tidak memberi apa yang kita inginkan. Harapan kita pada manusia lebih utama dari Allah, harapkan suami, harapkan harta ibu bapa, harapkan kawan tolong, harapkan kroni, harapkan bos bagi naik gaji, harapkan kerajaan bagi subsidi dan bermacam2 lagi hingga kita terlena bahawa hanya pada Allah sahajalah sebenarnya kita boleh berharap.

Jika harapan kita 100 peratus pada Allah, Dia akan mengaturkan suasana dunia ini untuk membuat hambaNya yang lain membantu kita, itu jaminanNya

Thursday, November 19, 2009

Sifat Seorang Pemimpin

SUATU malam, Rasulullah SAW mengimam solat Isyak. Setiap kali ketika baginda menggerakkan badannya, terdengarlah bunyi-bunyian seolah-olah tulang-temulang bergeser. Setelah selesai solat, seorang sahabat bertanya, "Apakah Rasulullah sedang sakit?" Dengan suara perlahan baginda pun menjawab, "Oh tidak! Saya sihat walafiat."

Sahabat itu berasa pelik dan bertanya, lagi; "tetapi, mengapa tulang-tulangmu bergeseran (berbunyi) setiap kali Tuan bergerak sepanjang solat tadi?" Melihat para sahabat agak cemas, Rasulullah SAW kemudian membuka jubahnya. Maka nampaklah ikatan selempang kain yang dipenuhi dengan kerikil untuk menahan lapar. Sebenarnya, kerikil-kerikil itulah yang menimbulkan bunyi ketika baginda mengimam solat Isyak bersama para sahabatnya.

Umar bin Khattab tiba-tiba menjerit, "Ya, Rasulullah! Alangkah rendahnya diri kami dalam pandanganmu jika engkau mengatakan lapar dan kami tidak bersedia memberikan makanan lazat-lazat buatmu sedangkan kami semua hidup mencukupi, ya Rasul. Apakah kamu menyangka bahawa kami termasuk orang-orang bakhil?" Nabi Muhamad SAW dengan terharu menjawab, "Tidak wahai Umar! Bukan begitu maksudku. Aku percaya kamu para sahabatku yang sangat mencintai aku. Apalagi bukanlah sesuatu yang menyusahkan dengan hanya sekadar memberikan makanan untukku. Jangankan makanan, harta dan nyawa pun kalau perlu kamu sanggup serahkan.

"Tetapi di mana akan kuletakkan mukaku di hadapan Allah kalau aku sebagai pemimpin, justeru memberatkan orang-orang yang kupimpin? Biarlah aku lapar di dunia asalkan tidak membiarkan umatku dilanda kelaparan. Sebab, kemiskinan akan menyeret manusia ke lembah kekufuran."

Cerita mengenai kesederhanaan dan kesanggupan Nabi Muhamad SAW menahan lapar itu sering kita dengar. Cerita keikhlasan dan kemurahan hati baginda ketika menghadapi suasana getir pun sudah kita tahu. Yang jarang kita dengar adalah hujah di sebalik sikap baginda yang cenderung dilihat sebagai sesuatu yang boleh menjadi kontroversi.

Hujah, pertama yang kita peroleh daripada kisah tersebut ialah baginda sentiasa mengambil berat mengenai kehidupan orang lain dan tidak ingin menyusahkan mereka, meskipun orang itu adalah para sahabat setianya yang sanggup menghulurkan apa sahaja bantuan apabila diperlukan.

Keduanya, baginda sanggup membiarkan dirinya lapar asalkan umatnya berada dalam kesenangan. Baginda tidak sedikit pun mengambil sikap mencari kesenangan hidup di atas kesusahan orang lain. Tidak mengumpul kesenangan di atas penderitaan rakyat yang dipimpinnya.

Teladan itu amat jarang kita dengar untuk zaman yang penuh dengan kemewahan kini. Pemimpin bukan lagi berusaha untuk memakmurkan rakyat, sebaliknya membina kedudukan tertinggi untuk dirinya sendiri, walaupun rakyat kebanyakan masih lagi dibelenggu kemiskinan.
Paling mengejutkan ada segelintir pemimpin yang dikatakan luhur dan jujur menerima sejumlah sumbangan yang boleh digunakan untuk keluarganya. Ada pihak yang sanggup menajanya, kerana yang menaja mungkin memperoleh sesuatu secara tidak langsung daripada hubungan dengan pemimpin itu.

Jauh daripada sifat kepimpinan sebenar. Nabi Muhamad SAW tidak pernah menganggap apa yang ada padanya sebagai "sesuatu yang membawa berkat", kerana yang lebih berkat bagi baginda ialah apa yang dilakukan untuk membahagiakan umat yang dipimpinnya.

Baginda sanggup berkorban demi menyebarkan syiar Islam, tetapi kini pemimpin yang banyak menyanjungi Rasullullah SAW banyak menggunakan agama bagi memperkukuhkan kedudukan dan partinya.

Al-Ghazali pernah mengingatkan bahawa seseorang pemimpin perlu mendahulukan rakyatnya daripada kesenangan peribadi. Maka kerana itulah Islam terus menegah seseorang pemimpin daripada melakukan sesuatu yang di luar batasan. Apabila ada pemimpin sanggup menerima pemberian dalam bentuk tajaan mengerjakan haji, ia bukan boleh dianggap sebagai ibadah sebenarnya. Meskipun seseorang yang mampu diwajibkan mengerjakan haji, kewajipan itu hanyalah sekali.

Jika sudah banyak kali pergi, ia bukan lagi dilihat sebagai suatu kewajipan. Ia akan terus dipandang sebagai satu tindakan berlebihan, seolah-olah menggambarkan seseorang itu terlalu mewah, kerana setiap tahun "ingin ke sana". Walhal lebih ramai lagi yang sepatutnya perlu dibantu, sekurang-kurangnya melalui wang tajaan, setiap tahun diberikan kepada rakyat yang berkeinginan untuk ke sana, tetapi tidak mampu.

Pemimpin yang layak dijadikan teladan ialah pemimpin yang melaksanakan tanggungjawab dengan jujur; mengutamakan rakyat dan bukannya menunjuk-nunjuk di depan rakyat. Walaupun menunaikan haji itu merupakan kewajipan bagi setiap orang Islam, ia hanyalah sekali seumur hidup bagi yang mampu.

Thursday, November 12, 2009

Selagi Aku Masih Bernafas

Selagi aku masih bernafas,
Selagi itulah kaki ini akan kugerakkan,
Selagi itulah tangan ini akan kuhayunkan,
dan
Selagi itulah minda ini akan terus kuperahkan,
Agar amanah ini dapat ku asuh,
Agar amanah ini dapat ku jaga,
Agar amanah ini dapat ku gilap,
kerana
Mungkin ia adalah mutiara
buat Bangsa, Agama dan Negara
Disuatu masa kala mungkin aku sudah tiada....
Cuma satu yang kupinta....
Dikala itu jangan lupa pada yang berjasa....
Kerana itulah pesan orang lama...