Thursday, August 18, 2011


Komponen-komponen mesin CNC


1.1 Meja mesin
Mesin milling CNC bisa bergerak dalam 2 sumbu yaitu sumbu X dan sumbu Y. Untuk masing-masing sumbunya, meja ini dilengkapi dengan motor penggerak, ball screw plus bearing dan guide way slider untuk akurasi pergerakannya. Untuk pelumasannya, beberapa mesin menggunakan minyak oli dengan jenis dan merk tertentu, dan beberapa mesin menggunakan grease. Pelumasan ini sangat penting untuk menjaga kehalusan pergerakan meja, dan menghindari kerusakan ball screw, bearing atau guide way slider. Untuk itu pemberian pelumas setiap hari wajib dilakukan kecuali mesin tidak digunakan. Meja ini bisa digerakkan secara manual dengan menggunakan handle eretan.

1.2 Spindle mesin
Spindle mesin merupakan bagian dari mesin yang menjadi rumah cutter. Spindle inilah yang mengatur putaran dan pergerakan cutter pada sumbu Z. Spindle inipun digerakkan oleh motor yang dilengkapi oleh transmisi berupa belting atau kopling. Seperti halnya meja mesin, spindle ini juga bisa digerakkan oleh handle eretan yang sama. Pelumasan untuk spindle ini biasanya ditangani oleh pembuat mesin. Spindle inilah yang memegang arbor cutter dengan batuan udara bertekanan.

1.3 Magasin Tool
Satu program NC biasanya menggunakan lebih dari satu tool/cutter dalam satu operasi permesinan. Pertukaran cutter yang satu dengan yang lainnya dilakukan secara otomatis melalui perintah yang tertera pada program. Oleh karena itu harus ada tempat khusus untuk menyimpan tool-tool yang akan digunakan selama proses permesinan.
Magasin Tool adalah tempat peletakkan tool/cutter standby yang akan digunakan dalam satu operasi permesinan. Magasin tersebut memiliki banyak slot untuk banyak tool, antara 8 sampai 24 slot tergantung jenis mesin CNC yang digunakan.

1.4 Monitor
Pada bagian depan mesin terdapat monitor yang menampilkan data-data mesin mulai dari setting parameter, posisi koordinat benda, pesan error, dan lain-lain.

1.5 Panel Control
Panel control adalah kumpulan tombol-tombol panel yang terdapat pada bagian depan mesin dan berfungsi untuk memberikan perintah-perintah khusus pada mesin, seperti memutar spindle, menggerakkan meja, mengubah setting parameter, dan lain-lain. Masing-masing tombol ini harus diketahui dan dipahami betul oleh seorang CNC Setter

1.6 Coolant hose
Setiap mesin pasti dilengkapi dengan sistem pendinginan untuk cutter dan benda kerja. Yang paling umum digunakan yaitu air coolant dan udara bertekanan, melalui selang yang dipasang pada blok spindle.




Keenam-enam komponen tersebut harus dipelajari terlebih dahulu dan dipahami sebelum melangkah ke proses berikutnya.

E-Pembelajaran Dalam PTV

1.1 Pengenalan

Bidang teknik dan vokasional merupakan salah satu bidang yang memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat wawasan 2020. Kemahiran dan berilmu pengetahuan adalah salah satu eleman yang penting untuk seseorang individu dalam pendidikan teknik dan vokasional. Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merancang dan mengadakan beberapa program bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan dalam bidang teknologi.

KPM melalui Jabatan Pendidikan Teknikal atau JPTek telah terlibat secara langsung dalam memberikan pendidikan berbentuk kemahiran kepada semua rakyat Malaysia bersama-sama industri lain yang berkait rapat dengan bidang kemahiran dan pengetahuan seperti Jabatan Pembangunan kemahiran (JPK), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Komputer dan telekomunikasi memainkan peranan penting dan telah menjadi satu medium yang cukup penting dalam pembelajaran masa kini. E-pembelajaran ataupun pembelajaran elektronik merupakan satu kaedah pembelajaran yang sangat popular digunakan oleh pelbagai pihak termasuklah dalam pendidikan teknik dan vokasional bagi melengkapkan teknik-teknik pembelajaran tradisional. Sebelum ini, e-pembelajaran di Malaysia lebih menjurus kepada pembelajaran atas talian yang kebanyakkannya ditawarkan di peringkat universiti yang menjalankan usahasama dengan universiti luar negara. Inisiatif untuk membangun dan menggunakan e-pembelajaran bermula selepas pelancaran Malaysia East Satellite (MEASAT) dan pelaksanaan Lebuhraya Koridor. Era pendidikan elektronik menjadi salah satu trend masa kini. Pembelajaran elektronik ini kian diaplikasi sama ada pada sistem pendidikan akademik dan sistem pendidikan teknik dan vokasional.

E-pembelajaran boleh berdasarkan media seperti CD-ROM, rangkaian setempat, internet, ataupun intranet. E-pembelajaran biasanya menggunakan elemen-elemen teks, video, audio, animasi, dan persekitaran maya. E-pembelajaran boleh memperkayakan pengalaman belajar yang mampu mengatasi tahap latihan dalam satu bilik darjah. Pendek kata, e-pembelajaran adalah pembelajaran secara hands-on dan mengikut kapasiti diri-sendiri.

E-pembelajaran membantu kita berkomunikasi dengan lebih pantas serta mendapatkan kandungan lebih selaras, terbaru dan terkini mengikut peredaran masa. E-pembelajaran mudah dipraktikkan pada bila-bila masa dan di mana jua. Justeru e-pembelajaran juga dapat membina komuniti dan jaringan pengguna yang lebih besar di samping dapat menjimatkan belanja dan masa. Perkembangan teknologi maklumat telah mewujudkan persekitaran pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari segi masa, tempat, kaedah dan bahan proses kolaborasi yang lebih meluas dalam proses pendidikan.

Perkhidmatan teknologi hiperteks memperkenalkan penggunaan World Wide Web (WWW) menerusi talian internet, iaitu aplikasi terkini dalam kecanggihan sistem pendidikan negara. Berikutan perkembangan teknologi ini, e-pembelajaran menjadi penjana kepada kaedah pembelajaran terkini termasuklah pendidikan teknik dan vokasional yang diaplikasi dengan baiknya terutama di sekolah menengah teknik dan pusat-pusat pendidikan teknik dan vokasional. Dengan perkembangan internet ketika ini maka penggunaan laman web yakni internet merupakan salah satu kaedah dalam proses pembelajaran yang sangat penting. Ini kerana ia dapat menukar daripada kaedah penghafalan dan mengingat kembali maklumat kepada mengakses, memanipulasi dan mengenerasikan maklumat secara elektronik seterusnya ia membantu menjana pelajar berfikiran minda yang lebih kritis dan inovatif selaras dengan perkembangan dunia pendidikan teknik dan vokasional pada masa kini.


1.2 Definisi

1.2.1 E-pembelajaran

E-pembelajaran mempunyai pelbagai tafsiran yang boleh merangkumi sebarang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi digital elektronik seperti komputer, internet, cakera padat dan sebagainya.
E-pembelajaran ditakrifkan sebagai pendekatan pembelajaran di mana pendidikan, latihan dan maklumat yang berstruktur disepadukan dan disampaikan oleh komputer melalui internet khususnya web, atau dari cakera keras, CD ROM, storan mudah alih berkeupayaan tinggi atau melalui sistem jaringan.

E-pembelajaran boleh dirumuskan sebagai pengaplikasian internet untuk tujuan penyampaian pembelajaran, kemahiran dan pengetahuan dalam pendekatan holistik yang tidak terhad kepada sebarang kursus, teknologi dan infrastuktur.

1.2.2 Pendidikan Teknik

Pendidikan Teknik ditakrifkan sebagai sistem pendidikan yang menyediakan latihan dalam strategi pengajaran dan pengkaedahannya. Pelaksanaan teknikal adalah bersifat hand on. Tujuan Pendidikan Teknik adalah menyediakan tenaga mahir dan separuh mahir dalam bidang-bidang kejuruteraan bagi keperluan industri dan pembangunan negara.

1.2.3 Pendidikan Vokasional

Pendidikan Vokasional ditakrifkan sebagai satu program kurikulum yang direkabentuk untuk memperkenalkan kepada pelajar dunia pekerjaan melalui pendedahan dan pengalaman dalam kerjaya industri dan perdagangan. Objektif Pendidikan Vokasional adalah untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas dan kemahiran bagi memenuhi keperluan sektor industri dan perdagangan, membina tabiat bekerja dan sikap yang baik pada diri pelajar, khususnya sikap bertanggungjawab dan kesungguhan supaya menjadi rakyat yang berguna dan produktif dan membina asas yang kukuh untuk melanjutkan pengajian dalam bidang teknik dan vokasional.

1.3 Perkembangan e-Pembelajaran dalam PTV di Malaysia

E-learning atau pembelajaran elektronik pertama kali diperkenalkan oleh Universitas Illionis di Urbana-Champaign dengan menggunakan sistem instruksi berbasis komputer (computer-assisted instruction) dan komputer pertama diberi nama PLATO (Programmed Logic for Automated Teaching Operations). Sejak saat itu, perkembangan e-learning berkembang sejajar dengan perkembangan dan kemajuan teknologi semasa.

Perkembangan ‘e-Pembelajaran’ di Malaysia telah bermula dalam skala besar pada awal tahun 90’an. Situasi ini sebenarnya agak ketinggalan berbanding dinegara-negara lain khasnya di Eropah, U.S dan juga di negara Jepun. Pada masa tersebut , “e-Pembelajaran” banyak terarah kepada pembelajaran jarak jauh dan ‘on-line’ yang kebanyakannya hanya ditawarkan di peringkat universiti serta kolej swasta yang mempunyai usahasama dengan universiti luar Negara. Jika dibandingkan dengan Negara yang maju, ‘e-Pembelajaran’ di negara kita sudah jauh ketinggalan. Sebagai contohnya “e-Pembelajaran” di negara Singapura sudah berkembang dalam bentuk idea membangun secara ‘on line repository’ yang mana ia telah membantu industri pendidikan di negara tersebut untuk membentuk kursus-kursus ‘e-pembelajaran’ yang baru atau ‘new learning parts’ yang memungkinkan kerja-kerja pengeditan secara segera dan on-line.

Oleh yang demikian, bagi mengimbangi keadaan tersebut agenda IT Kebangsaan (NITA) telah dilancarkan pada Disember 1996 oleh ‘National IT Council (NITC) yang dipengerusikan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia. NITA telah menggariskan panduan bagaimana teknologi maklumat dan komunikasi, ICT dapat digunakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju selaraskan dengan Wawasan 2020. Salah satu inisiatif awal NITC adalah untuk wujudkan Koridor Raya Mltimedia, (MSC). Walaubagaimanapun, perlu ada inisiatif yang perlu dilakukan secara bersama oleh semua pihak bagi merapatkan jurang digital dikalangan masyarakat sebelum semua agenda pembangunan berasaskan ‘e-Pembelajaran’ kebangsaan ini dapat berkembang dengan baik khasnya di dalam system pendidikan negara. Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia dan sektor swasta seperti MIMOS dan Kumpulan Utusan telah dipertanggungjawapkan untuk menjayakan agenda ‘e-Pembelajaran’ kebangsaan.

Gerak kerja ini juga telah melibatkan perubahan kepada dasar utama pendidikan negara khasnyadi dalam aspek pengeluaran sumber tenaga manusia agar dapat menjadi negara maju berasaskan sains dan teknologi tanpa mengabaikan kepentingan pembangunan aspek rohani, jasmani dan emosi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk melahirkan warganegara yang progresif, dinamik, patriotik dan bersatu padu. Namun begitu, penggunaan “e-Pembelajaran” ini perlu diselaraskan semula ekoran sistem pembelajaran tradisional negara sebelum era 90’an amat berbeza daripada dengan apa yang cuba diperkenalkan oleh sistem “e-Pembelajaran” itu sendiri

1.3.1 Perbezaan Antara Pembelajaran Tradisional dan “e-Pembelajaran”

Di dalam sistem pembelajaran secara tradisional, suasana pengajaran dan pembelajaran adalah jenis berpusatkan tenaga pengajar ataupun “teacher oriented” dengan menekan kepada sistem satu hala. Di sini tenaga pengajar dianggap sebagai orang yang serba tahu untuk menyalurkan ilmu pengetahuan kepada pelajarnya. Terpulang kepada tenaga pengajar sama ada menggunakan ‘konsep suap’, ‘tipu sunat’ atau pelbagai teori yang telah dipelajari dahulu di dalam menjalankan proses pengajaran. Dari aspek modul pengajaran pula ianya hanya bergantung kepada buku teks, persekitaran semasa dan pengajar sahaja bagi mendapatkan sumber. Oleh yang demikian sumber pengetahuan pelajar hanya berkisar kepada tiga perkara ini sahaja.

Keadaan ini amat berbeza di dalam pembelajaran ‘e-Pembelajaran’ dimana fokus utamanya adalah pelajar. Suasana pembelajaran ini akan memaksa pelajar menjadi berdikari dan lebih aktif kerana perancangan pelajaran perlu dilakukan oleh pelajar itu sendiri dengan pengawasan yang minima daripada tenaga pengajar. Di sini pelajar akan membuat perancangan dan mencari maklumat dengan daya usaha dan inisiatif sendiri. Di samping itu dengan adanya “e- Pembelajaran” ini kaedah pembelajaran menjadi lebih menarik kerana ia akan menjadi kaedah pembelajaran berbagai hala. Ini amat berbeza dengan kaedah tradisional yang diamalkan sebelum ini. Pencarian maklumat juga tidak terbatas kerana bahan pengajaran boleh dipilih sendiri oleh pelajar sama ada dirasakan sesuai atau tidak.

1.4 Kelebihan e-Pembelajaran

Pengajaran dan Pembelajaran di dalam Teknik dan Vokasional dengan menggunakan e-pembelajaran sebenarnya mempunyai berbagai kelebihan jika dibandingkan dengan pembelajaran secara konvensional atau tradisional. Dengan munculnya e-pembelajaran, ia sebenarnya memberikan dimesi baru kepada proses pembelajaran sebenar di dalam kelas. Pengajar dalam hal ini iaitu pengajar Sains (Teknik dan Vokasional) banyak menghadapi kesulitan jika di makmal tidak disediakan alat-alat untuk proses kerja amali. Kebanyakan tenaga pengajar sering berangggapan jika tidak ada alat yang tersedia maka sesi amali lebih baik tidak dilaksanakan. Namun begitui jika tenaga pengajar mengamalkan e-pembelajaran sebagai salah satu kaedah penyampaiannya, ia boleh mendapatkan bantuan di dalam internet kerana terdapat banyak animasi interaktif yang menyediakan fasiliti ke atas penggunaan alat-alat amali yang dapat dijadikan sebagai ganti kepada alat sebenar dimakmal. Di sini tenaga pengajar juga boleh terus melayari ke web yang berkaitan dan memuat turun program yang diperlukan.

Alat-alat praktikal yang dirasakan menyumbang kepada peningkatan kos operasi juga boleh digantikan dengan menggunakan animasi komputer sebagaimana yang telah dijalankan dibeberapa pusat pengajian kemahiran khasnya bagi tujuan pengoperasian kapal terbang, pengendalian jentera marin dan penggunaan bahan berisiko tinggi khasnya dalam ketenteraan seperti bahan letupan dan radar. Kaedah ini juga akan membenarkan setiap proses kerja dapat diulang semula mengikut keperluan dan kemampuan pelajar itu sendiri dengan tahap risiko yang rendah. Secara tidak langsung ia akan meningkatkan kefahaman dan keyakinan kepada pelajar ke atas ilmu yang sedang dipelajarinya terutama yang melibatkan aspek teknikal dan vokasional. Berbanding dengan kaedah biasa, setiap penggunaan peralatan yang mahal dan merbahaya sudah pasti akan dipantau dan dihadkan penggunaannya agar ia tidak akan meningkatkan kos keseluruhan sistem di samping menjamin jangka hayat peralatan tersebut.

Pada masa yang sama juga pengajaran berteraskan teknik dan vokasional akan dipandang tinggi oleh masyarakat kerana pelajar yang dilahirkan mampu untuk mengendalikan teknologi berskala besar dan merbahaya walaupun hanya mengikuti sistem latihan kemahiran di dalam negara. Kesemua kelebihan ini dapat dihasilkan melalui penggunaan “e-Pembelajaran” yang betul dan berkesan. Kelebihan yang paling menonjol dari pembelajaran menggunakan komputer dalam e-pembelajaran adalah dari aspek kemampuan pelajar untuk belajar secara kendiri. Ini boleh berlaku kerana sifat komputer yang lebih personal/individu, dapat membantu pelajar untuk belajar dengan atau tanpa bimbingan langsung dari tenaga pengajar. Di dalam hal ini pembelajaran dengan menggunakan e-pembelajaran, dapat dilaksanakan tanpa perlu kedua pihak untuk bersemuka secara langsung..

Keadaan ini memberi kelebihan kepada sistem itu sendiri di samping dapat membentuk keupayaan kendiri kepada para pelajar seawal di bangku sekolah rendah lagi. Di samping itu juga kaedah ini membolehkan segala bahan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang, dapat disediakan secara profesional dan baik. Ini dapat dilihat apabila kaedah penyampaian akan mengunakan ciri-ciri multimedia yang menarik untuk memastikan penyampaian isi kandungan akan lebih berkesan kepada pelajar. Secara tidak langsung ia akan meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran khasnya bagi program pengajian yang berbentuk teknikal di samping ia akan memudahkan pelajar untuk memahami tujuan pembelajaran kerana dapat melihat kepelbagaian sumber ilmu terutama dalam aktiviti yang melibatkan keperluan simulasi.

Pelajar juga boleh memilih tempat, kandungan dan belajar mengikut kesesuaian masa serta tidak terikat kepada aktiviti di dalam kelas semata-mata. Kaedah “e-Pembelajaran” juga membolahkan pelajar tidak merasa malu untuk bertanya dan berpeluang untuk belajar tajuk yang sama berulang kali sehingga pemahaman mereka tercapai. Di sini kaedah pertanyaan oleh pelajar kepada tenaga pengajarnya juga boleh dibuat secara “on-line”dalam talian atau dengan cara meninggal pesanan kepada tenaga pengajar melalui kaedah sms, e-mail, skype, blog, facebook, twitter dan banyak lagi.

Kaedah ini adalah satu kelebihan kepada semua pihak yang terlibat kerana setiap aktiviti pembelajaran dapat dirancang dengan teratur hasil penggunaan teknologi yang sedia ada di samping meningkatkan kekreativiti samada dari kalangan pelajar ataupun tenaga pengajar. ‘E-Pembelajaran’ yang diuruskan dengan baik dapat menyimpan rekod pembelajaran yang berkesan dan bersistematik untuk rujukan pelajar, guru, mentor atau fasilitator pada masa-masa hadapan sekiranya diperlukan

1.5 Permasalahan dan Isu Dalam E-Pembelajaran

Kajian ini mengkaji permasalahan dan isu yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaane-pembelajaran di institusi pendidikan teknik dan vokasional. Permasalahan di sini didefinisikan sebagai rintangan yang dihadapi oleh pelajar yang akan membawa kesan yang negatif terhadap mereka dalam menggunakan e-pembelajaran di institusi pendidikan teknik dan vokasional. Permasalahan pembelajaran didapati membawa kepada kesan terhadap seseorang individu dalam pembelajaran dan tahap kepuasan.

1.5.1 Permasalahan Situasi

Permasalahan situasi adalah dikaitkan dengan situasi atau persekitaran seseorang itu berada. Pembolehubah yang berkaitan dengan situasi adalah termasuk masa untuk belajar dan perubahan kehidupan seseorang.

Permasalahan yang lain termasuk perasingan, kurang sokongan, persekitaran pembelajaran yang tidak sesuai. Permasalahan seperti kekurangan sosial membawa kepada perasaan terasing adalah selalu disebut kerana ini merupakan cabaran kepada pelajar pendidikan teknik dan vokasional untuk berurus dengan lebih baik dalam pembelajaran atas talian.

E-pembelajaran adalah kurang berinteraksi semuka dan dikatakan adalah tidak mesra, mengecewakan dan kesunyian. E-pembelajaran memerlukan sokongan; kekurangan sokongan daripada orang lain selalu dikatakan merupakan satu permasalahan. Pengurusan sokongan untuk e-pembelajaran adalah faktor utama untuk mengalakkan e-pembelajaran, Pelajar bukan sahaja memerlukan sokongan tetapi juga memerlukan tempat untuk belajar tanpa gangguan. Ini menunjukkan persekitaran untuk pelajar boleh dikira sebagai permasalahan dalam proses pembelajaran.

1.5.2 Permasalahan Teknologikal

Teknologi membawa perubahan sama ada untuk kita bekerja, bermain dan juga kehidupan seharian kita. Teknologi baru mampu merevolusikan kerja, permindahan pembelajaran, mereka infrastuktur pekerjaan dan pembelajaran. Internet merupakan punca kepada pembangunan teknologi pembelajaran di mana ia mampu memperluaskan arena pembelajaran. Internet telah menjadi saksi pertumbuhan yang dinamik dengan membawa banyak perubahan terhadap perniagaan, perindustrian dan komuniti.

Pencapaian yang luar biasa hasil dari teknologi, masalah yang berkaitan dengan teknologi semakin diperhatikan. Perubahan teknologi adalah tidak dapat dielakkan dalam kehidupan seharian kita. Teknologi yang baru telah diintegrasi dalam sistem pembelajaran. Teknologi mengakses komputer menjadi isu yang penting dalam pendidikan.

Permasalahan teknologikal adalah termasuk kepunyaan komputer yang mampu mengakses internet, konsisten untuk mengakses internet, kos komputer dan kos pengaksesan internet, masalah teknikal, pengaksesan kepada teknologi dan kebolehpercayaan teknologi. Permasalahan teknologikal yang lain termasuk kualiti teknologi, kekurangan bantuan teknikal, kekurangan kemahiran teknikal, keselesaan penggunaan teknologi, perubahan teknologi dan masalah “log-in”. Ketakutan terhadap teknologi adalah isu yan gutama dalam permasalahan teknologikal, sebanyak satu per tiga daripada pelajar kolej di US menghadapi penyakit “technophobia”.

1.5.3 Permasalahan Institusi

Permasalahan institusi mengambil kira dua aspek iaitu pengajar dan reka bentuk pengajaran dalam pendidikan teknik dan vokasional . Sokongan organisasi dan reka bentuk pengajaran merupakan faktor yang penting dalam e-pembelajaran. Permasalahan institusi berkenaan dengan kurang sokongan daripada pensyarah atau penyelia terhadap penggunaan e-pembelajaran dan kualiti bagi bahan pengajaran.

Polisi institusi memainkan peranan yang penting. Sokongan kepada e-pembelajaran adalah sangat penting dalam polisi institusi. Sokongan institusi seperti memberi sokongan dengan menyediakan masa yang sesuai dan tanpa gangguan untuk pembelajaran, kemudahan untuk e-pembelajaran, sokongan emosi dan kewangan untuk e-pembelajaran.Permasalahan mengenai pengajar juga merupakan aspek yang penting dalampermasalahan institusi. Permasalahan mengenai pengajar meliputi pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku pengajar, pengaksesan kepada pengajar dan kejelasan arahan yang diberikan oleh pengajar. Komunikasi danmaklum balas termasuk kekerapan berhubung dengan pelajar, hubungan pengajar dan kepuasan belajar adalah sangat penting. Maklum balas yang lambat daripada pengajar akan menjadi permasalahan dalam e-pembelajaran.

Permasalahan reka bentuk pengajaran berkait rapat dengan kualiti bahan pembelajaran di institusi pendidikan teknik dan vokasional. Permasalahan bahasa dan kebolehan penggunaan media oleh pengajar akan memberi kesan terhadap penggunaan e-pembelajaran oleh pelajar pendidikan teknik dan vokasional. Kandungan yang terlalu banyak tidak terkini (‘up to date’), kandungan yang mengambil masa untuk mencetak dan informasi berlebihan akan menjadi permasalahan kepada e-pembelajaran.

1.5.4 Permasalahan Personaliti

Permasalahan personaliti memainkan peranan yang penting. Permasalahan ini merangkumi gaya pembelajaran yang berlainan, kemahuan untuk berubah, motivasi, pengurusan masa, masalah kesihatan fizikal dan psikologikal pelajar di institusi pendidikan teknik dan vokasional. Pembelajaran sepatutnya mengambil kira keperluan dan minat pelajar itu sendiri. Oleh itu, gaya pelajar mesti diambil kira semasa menerangkan program e-pembelajaran. Di kelas tradisional, pengajar perlu mengetahui bukan semua pelajar belajar menggunakan kaedah yang sama dan begitu juga e-pembelajaran.

Permasalahan personaliti meliputi pengalaman asas dengane-pembelajaran. minat dan pengalaman pelajar menentukan keperluan dalam alam pembelajaran. Kemahuan pelajar di institusi pendidikan teknik dan vokasional untuk berubah merupakan salah satu permasalahan untuk permasalahan personaliti. Keinginan untuk menerima perubahan dan inovasi merupakan permasalahan kepada pelajar dalam penggunaan e-pembelajaran. E-pembelajaran memerlukan motivasi diri sendiri, dedikasi dan disiplin diri sendiri.

E-pembelajaran biasanya berpandukan kepada diri sendiri. Maka, kemahiran pengurusan masa adalah sangat penting. Masalah kesihatan fizikal dan psikologikal (contohnya ketidakupayaan mata untuk menggunakan computer dalam masa yang lama) merupakan permasalahan personaliti. Tekanan yang wujud daripada tanggungjawab lain di rumah dan sekolah akan menjadi permasalahan kepada e-pembelajaran. Permasalahan ini juga meliputi isu persendirian, sikap dan personaliti seseorang.


1.6 Penutup

Dengan ciri-ciri menarik yang ada pada e-pembelajaran maka ianya patut digunakan dengan meluas di dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula kejayaan agenda’e-pembelajaran’ kebangsaan (NITA) dimana ia telah terbukti keberkesanannya di dalam melahirkan generasi pelajar yang berkualiti bagi tujuan pasaran tenaga buruh negara.

Dalam Seminar Pengajar Kemahiran 2007 berkenaan RMKE-9 & IMP3, terdapat persoalan mengenai apakah persediaan dan cabaran tenaga pengajar masa kini dan Pihak EPU telah mengarahkan semua institusi latihan kemahiran untuk meningkatkan penggunaan e-Learning dalam penyediaan latihan kemahiran.

Rujukan :

Abdul Razak, et al. (2004). Teknologi Maklumat & Komunikasi. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: MzGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Ting Kung Shiung (2007). Kajian mengenai penggunaan e-pembelajaran (e-learning) di kalangan pelajar jurusan pendidikan teknik dan vokasional di institusi pengajian tinggi (IPTA) Negeri Johor. Tesis Sarjana: Universiti Teknologi Malaysia.

Suhanom bt. Muhamad Zaki (2004). Hubungan antara Tahap Kefahaman terhadap e-pembelajaran dan Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri di kalangan Staf Akademik UTM Skudai, Johor. UTM.

Mazimah bt. Hj Samin (2003). Kajian literature : Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat,
Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat. UKM,
Kuala Lumpur.

Rozinah Jamaludin (2007). Internet dalam Pendidikan. USM Pulau Pinang: Penerbit Universiti
Sains Malaysia.

MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL:
ISU, CABARAN DAN HARAPAN DALAM PENGURUSAN ORGANISASI DAN PERKHIDMATAN DI MALAYSIA

PENDAHULUAN
Dalam era Wawasan Negara (1996 – 2020), telah terbina teras yang menyatakan tentang pembinaan sebuah negara bangsa Malaysia yang progresif dan makmur dalam usaha terancang untuk berubah dari sebuah negara membangun kepada sebuah negara maju. Oleh sebab itu, isu, cabaran dan harapan yang berkait rapat dengan pengurusan organisasi dan perkhidmatan di Malaysia telah menjadi salah satu topik perbincangan yang selalu diperbahaskan samada diperingkat kebangsaan mahupun forum-forum anjuran pihak kerajaan dan bukan kerajaan.

Pengurusan organisasi dan perkhidmatan di Malaysia ini sebenarnya berkait rapat dengan kemantapan dan kehebatan sistem pendidikan teknik dan vokasional di dalam negara. Ini kerana sumber manusia yang terlatih dan berkemahiran adalah nadi penggerak utama dan ianya adalah hasil dari sistem pendidikan yang mantap dan baik. Secara tidak langsung kemampuan sumber manusia di dalam pengurusan organisasi dan perkhidmatan telah mengaitkan sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional dengan corak kemajuan di dalam sistem pengurusan dan perkhidmatan bagi sesebuah organisasi atau negara khasnya di Malaysia.

Oleh yang demikian, jika Malaysia ingin melihat kemajuan di dalam sistem pengurusan organisasi dan perkhidmatan maka perlulah ada satu gerakan secara tersusun dan bersepadu disemua peringkat untuk memperkasakan sistem latihan teknik dan vokasional sedia ada. Namun begitu, terdapat beberapa isu yang menjadi cabaran kepada usaha untuk memperkasakan sistem latihan teknik dan vokasional. Ini kerana harapan yang tinggi telah diletakkan oleh segenap lapisan masyarakat bagi melihat kemajuan di dalam pengurusan organisasi dan perkhidmatan di Malaysia dapat dicapai secara keseluruhannya.

1.0 PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (PTV)
Pendidikan teknik dan vokasional merupakan salah satu cabang pendidikan yang ditawarkan pada masa kini. Ia diwujudkan bagi memberi peluang kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan kepada pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi keperluan tenaga kerja di industri di dalam mahupun diluar negara. Bagi merealisasikan program pendidikan teknikal ini, banyak program yang berkaitan telah diwujud dan ditawarkan. Sistem latihan ini juga telah diperkenalkan diperingkat Sekolah Menengah sehinggalah ke peringkat Universiti.

Usaha-usaha ini adalah Ini bagi membolehkan pelajar-pelajar yang berpotensi dilatih untuk menjadi tenaga kerja professional dan separa profesional di dalam pelbagai bidang teknologi dan kejuruteraan. Pendidikan teknik dan vokasional ini sebenarnya dapat membantu pelajar tercicir dalam pelajaran bersifat akademik tetapi berpotensi besar untuk menjadi insan yang cemerlang dalam bidang kemahiran dan seterusnya dapat menjana ekonomi negara secara keseluruhannya.

2.0 DASAR PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (PTV)
Merujuk Kepada portal rasmi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Dasar Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) di Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memberikan akses, ekuiti dan Pendidikan yang berkualiti kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan, kebolehan, minat dan bakat dalam bidang teknik, vokasional dan kemahiran. Dalam program memperkasakan pendidikan teknik dan vokasional ini, pihak kerajaan berhasrat untuk melonjakkan kecemerlangan pelajar sehingga boleh mengangkat nama dan sistem pendidikan negara di mata dunia. Adalah diharapkan program memperkasakan pendidikan teknik dan vokasional ini akan dapat mengurangkan kadar keciciran dari sistem persekolahan dan menambah modal insan yang berkemahiran untuk membantu pembangunan negara secara keseluruhannya.

Dasar Pendidikan Negara sememangnya dapat menampung keperluan sumber manusia buat masa ini dan masa depan. Ia adalah selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap negara perindustrian. Oleh itu adalah penting rakyat diberikan pendidikan yang seiring dengan keperluan-keperluan kerajaan dan swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya. Oleh itu dasar ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga manusia dari segi kuantitinya tetapi juga dari segi kualitinya.

3.0 ISU-ISU MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (PTV)
3.1 Pembangunan Sumber Manusia

Perkembangan pertumbuhan ekonomi Malaysia telah berjaya mencatatkan kadar pertumbuhan yang tinggi sejak tahun 1988, iaitu melebihi 7.5 peratus setahun telah memberi kesan tolakan besar ke atas permintaan tenaga manusia khususnya terhadap tenaga kerja profesional, mahir dan separa mahir (Rahmah & Ishak, 1995). Ini sememangnya dapat memberikan cabaran yang besar kepada sistem pendidikan negara terutamanya untuk pendidikan teknik dan vokasional dalam membekalkan tenaga kerja yang berkebolehan serta mahir. Ini disokong oleh Rancangan Malaysia ke Enam (1991-1995).

Fasa Pertama dalam Rancangan Malaysia ke Enam juga telah menempatkan pembangunan guna tenaga manusia sebagai penekanan aspek utama dan dasar yang strategik bagi membentuk Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian (Siti & Nor Azizah, 1995). Memandangkan tumpuan pembangunan negara adalah lebih ke arah perindustrian dan pembuatan, maka adalah perlu bagi pendidikan teknik dan vokasional menyediakan suatu bentuk sistem pendidikan dan latihan yang seiring dengan keperluan industri serta pasaran semasa. Proses ini bagi melahirkan sumber tenaga manusia yang berkebolehan, bermotivasi tinggi, cekap dan produktif di dalam pengurusan organisasi dan perkhidmatan di Malaysia.

Isahak (1992) menegaskan bahawa tenaga manusia yang diperlukan di dalam pengurusan organisasi yang berasaskan kepada industri tentulah tenaga manusia yang cekap dan profesional, berfikiran terbuka untuk menerima dan mengkaji maklumat dan ilmu serta dapat membuat penyesuaian dengan cepat. Memandangkan aktiviti perindustrian pada masa hadapan adalah berteraskan teknologi tinggi maka adalah sesuatu kemestian bagi pihak kerajaan dan swasta yang terlibat dengan pendidikan teknik dan vokasional ini untuk membuat perancangan yang teliti dan komprehensif demi mewujudkan suatu sistem pendidikan yang baik agar ia dapat mampu memenuhi keperluan semasa.

Walaupun sektor pendidikan dikatakan dapat membantu mengekalkan daya saing negara melalui peningkatan tahap kemahiran penduduk, namun sekiranya perkembangan sektor tersebut tidak selaras dengan keperluan perkembangan ekonomi semasa, maka peranan ini mungkin akan terjejas. Sekiranya perkembangan semasa menuntut kepada sebuah masyarakat yang berteknologi tinggi, maka trend pendidikan yang diwujudkan pada masa ini haruslah berupaya memenuhi tuntutan tersebut. Jika melihat kepada objektif penubuhan sekolah teknik dan vokasional, maka dapat difahami bahawa ianya bertujuan untuk melatih para pelajar dengan ilmu kemahiran dan mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan sebenar. Keadaan ini dapat membantu membentuk satu lapisan tenaga sumber manusia yang hebat di dalam pengurusan organisasi dan perkhidmatan.

Pendidikan teknik dan vokasional juga berperanan sebagai sistem alternatif bagi menyediakan latihan pendidikan bercorak kemahiran pra-vokasional dalam usaha untuk menyediakan mereka memenuhi permintaan pasaran pekerjaan pada masa hadapan. Siti dan Nor Azizah (1995) telah menggariskan beberapa objektif penubuhan sekolah menengah teknik dan vokasional iaitu:

i. Menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas dan kemahiran bagi memenuhi keperluan sektor industri dan perdagangan,
ii. Menyemai sikap bertanggungjawab dan kesungguhan supaya menjadi pelajar yang berguna dan produktif,
iii. Membina asas yang kukuh kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di dalam bidang pengajian teknik dan vokasional dimasa hadapan.
Berdasarkan objektif-objektif tersebut, kita dapat melihat akan kepentingan pendidikan teknik dan vokasional dalam berperanan melatih, seterusnya melahirkan golongan yang mempunyai pengetahuan, sikap dan kemahiran tinggi yang berupaya memenuhi keperluan guna tenaga manusia di negara kita ini. Keadaan ini akan membantu melahirkan pekerja yang mampu untuk memenuhi harapan dalam aspek pengurusan organisasi dan perkhidmatan di Malaysia.

3.2 Memantapkan Sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional
Sistem pendidikan vokasioanal perlu kepada perubahan dari masa ke semasa mengikut kesesuaian keperluan organisasi dan perkhidmatan di Malaysia kerana sehingga kini tidak ada satupun sistem yang boleh dijadikan sebagai formula terbaik untuk menyelesai masalah tahap kemahiran sumber manusia. Keperluannya yang selalu berubah sejajar dengan perkembangan teknologi terkini menyebabkan sistem pendidikan teknik dan vokasional memerlukan kaedah penyelesaian yang lebih dinamik. Usaha-usaha untuk mewujudkan masyarakat Malaysia pada abad ke 21 yang berdaya saing dan berdaya maju telah digariskan di dalam Wawasan 2020. Kesemua usaha ini bermatlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara moden dan maju, sebuah masyarakat industri yang adil, bermoral dan rasional dan mempunyai keperibadian sendiri.

Dalam pembentukan sebuah negara yang maju, sistem pendidikan teknik dan vokasional perlulah mampu untuk melahirkan pelajar-pelajar yang bersedia dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosialnya (JERIS). Ini kerana pembangunan pesat berlaku di dalam pelbagai bidang organisasi dan perkhidmatan di Malaysia. Dalam soal ini sistem pendidikan vokasional perlulah dimantapkan lagi. Pada suatu ketika dahulu, sistem pendidikan vokasional hanyalah dianggap sebagai penyelamat kepada pelajar-pelajar yang gagal dalam SRP, tetapi sekarang ini oleh kerana ada tekanan untuk mengeluarkan tenaga pekerja yang berkualiti maka fungsinya terpaksa berubah. Demikian juga dengan terlaksananya sistem PMR mungkin perubahan kecil terpaksa dilakukan.

Untuk mendapat pelajar yang baik, para guru dan pendidik perlulah meningkatkan kemahiran mereka terlebih dahulu. Pendekatan yang diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan di dalam sistem penyampaian pendidikan vokasional juga perlu diubahsuai agar ia selari dengan kehendak organisasi dan perkhidmatan di malaysia.

Ini dapat dilihat dalam ucapan Perdana Menteri Malaysia Y.A.B.Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak iaitu :-

"aspirasi negara untuk mewujudkan sebuah negara maju menjelang tahun 2020 mengikut acuan sendiri memerlukan komitmen yang menyeluruh dan pengurusan kerja yang berkualiti daripada setiap warga pendidik. Selaras dengan tema Hari Guru, guru perlu meningkatkan lagi peranan menyemai rasa tanggungjawab bersama di kalangan pelajar agar mereka menjadi aset dan faktor utama ke arah mencapai cita-cita murni tersebut ".

Di sini jelaslah bahawa para guru termasuklah guru dalam pendidikan teknik dan vokasional perlu menghadapi cabaran masa ini. Di saat-saat kegawatan ekonomi yang sedang hangat diperkatakan, ia turut dirasai oleh para pendidik di seluruh negara. Menurut kata-kata bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Y. Bhg. Tan Sri Dr. Johari bin Mat :
"Di sebalik segala masalah dan kegawatan yang melanda negara, profesion perguruan di negara ini masih teguh dan utama. Malahan pada saat ini tugas guru telah menjadi lebih penting dan mencabar. Di samping tugas harian guru mendidik anak-anak di bangku sekolah, guru juga dipertanggungjawabkan untuk menanam semangat waja di kalangan para pelajar supaya mereka menjadi warganegara yang lebih cekal dan berwibawa dalam menghadapi rintangan dan halangan bagi mencapai kemajuan dan pembangunan negara".
Walaupun kita sedang menghadapi saat ekonomi yang kritikal, tetapi tugas melahirkan tenaga kerja perlulah diteruskan. Pendidikan secara tidak langsung dapat menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.

Untuk memantapkan sistem pendidikan guru teknik dan vokasional, maka perlulah diwujudkan satu kurikulum guru vokasional sebagaimana yang dibuat bagi melatih profesyen arkitek, undang-undang dan perubatan. Kursus-kursus perguruan perlu dibuat perubahan agar kaedah mengajar menjadi lebih berkesan dan efisyen.
Sesuatu perlu dilakukan untuk mendapatkan calon yang berkebolehan dan berpendidikan tinggi menyertai profesion perguruan teknikal. Di Jerman profesion perguruan menerima imbuhan yang tinggi kerana untuk seseorang itu diterima sebagai pendidik mereka terpaksa menjalankan latihan yang panjang dan rapi. Keadaan inlah yang memberikan negara Jerman dapat dikenali sebagai salah sebuah negara yang menjadi peneraju kepada perkembangan teknologi terkini khasnya di dalam bidang automotif dan ketenteraan.

3.3 Perkukuhkan Kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional
Bekas Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Allahyarham Datuk Razali Ismail semasa merasmikan Konvensyen Guru-Guru Vokasional dan Teknik 2008 di Port Dickson, negeri Sembilan mengatakan perlunya ada usaha yang lebih mantap untuk memperkukuhkan kurikulum pendidikan teknik dan vokasional bagi menghasilkan modal insan yang berkemahiran, progresif dan dinamik.

Ini kerana ianya akan menjadi penentu kepada kejayaan bidang teknologi dan industri Negara terutamanya untuk jangka masa panjang.
Kurikulum pendidikan teknik dan vokasional haruslah mampu untuk menghubung-jalinkan elemen ICT, inovasi dan kreativiti. Elemen ini sebenarnya dapat memastikan pelajar lepasan pendidikan teknik dan vokasional mampu untuk berdaya saing dan tidak tercicir apabila mereka memasuki bidang pekerjaan terutamanya apabila terlibat secara langsung dengan pengurusan sesebuah organisasi. Secara tidak langsung ia akan dapat menaikkan nama bidang kemahiran yang tidak hanya tertumpu kepada kemahiran sahaja tetapi ia juga akan melibatkan ICT dan lain-lain element pendidikan.

3.3.1 Hubungan Kerjasama Pintar dengan Industri.

Allahyarham Datuk Razali Ismail juga menyarankan untuk mewujudkan hubungan dengan pihak industri dan swasta dimana dapat menyediakan pelajar dengan pengalaman sebenar di tempat kerja melalui program yang dijalankan bersama dengan pihak industri. Pelajar dihantar ke kilang-kilang untuk mempelajari gaya kerja yang sebenar dan mempraktikkan kemahiran yang dipelajari di sekolah.

Sebagai contoh kerjasama BPTV dengan BIOTRUP-UMS dimana enam sekolah menengah teknik disabah dicadangkan memfokuskan dalam bidang pertanian dengan bantuan BIOTRUP-UMS. Selain itu antara program yang telah dirangka ialah Latihan Sangkutan Industri Guru pendidikan teknik dan vokasional yang bertujuan mendedahkan persekitaran kerja kepada guru dalam mendalami teknologi masa kini yang digunakan industri bagi meningkatkan keupayaan guru dalam mendidik pelajar dalam bidang kemahiran. Perkara ini dilihat dapat menghasilkan tenaga mahir yang kompeten dimana pihak swasta pasti akan akan berusaha untuk mendapatkan pelajar lepasan vokasional untuk bekerja dalam syarikat mereka dan ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan nama pendidikan teknik dan vokasional di mata masyarakat.

Disamping itu, bagi memastikan teknologi yang diajar diperingkat sekolah ataupun institut pengajian tinggi adalah seiring dengan keperluan organisasi dan perkhidmatan semasa maka perhubungan ini dapat dieratkan lagi dengan mewujudkan jawatankuasa penasihat akedemik. Jawatankuasa ini akan melibatkan pihak industri secara langsung di dalam merangka kurikulum diperingkat awal sehinggalah ke peringkat yang tinggi. Keadaan ini akan membantu di dalam melahirkan sumber manusia yang mahir di dalam menguruskan organisasi dan perkhidmatan. Secara tidak langsung ia boleh membentuk sebuah organisasi yang mantap dan berdaya maju apabila menerajui mana-mana organisasi kelak.

3.3.2 Hubungan Kerjasama Antarabangsa
Selain itu, usaha kerajaan membandingkan sistem pendidikan teknik dan vokasional yang dijalankan di dalam negara dengan negara lain akan menjadikan sistem pendidikan teknik dan vokasional lebih berdaya saing. Kerjasama antarabangsa perlu diperluaskan dengan menjalinkan hubungan dengan sekolah cemerlang di luar negara melalui aktiviti seperti pertukaran pelajar, pertukaran tenaga pengajar, perkongsian pintar, program berkembar dan sebagainya. Usaha ini pasti akan dapat memantapkan sistem pendidikan teknik dan vokasional sedia ada.

Dalam jangka masa yang panjang ia dipercayai akan dapat membentuk satu budaya kerja dan tahap kemahiran yang setara dengan keperluan antarabangsa. Secara tidak langsung pengurusan organisasi akan menjadi lebih cekap dan perkhidmatan di Malaysia akan dilihat amat mesra kepada pengguna dan syarikat antarabangsa. Ini akan membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada lepasan pelajar yang mengikuti system latihan dalam pendidikan teknik dan vokasional PTV ini.

3.3.3 Penglibatan Golongan Iltisas dan Kaedah School Enterprice.
Menurut Dato’ Haji Alimudin B. haji Mohd Dom dalam Kongres Ekonomi Islam Ketiga menekankan penglibatan pihak industri dan badan professional di dalam system pendidikan teknik dan vokasional akan membantu pelajar menjadi lebih terbuka dan matang terhadap teknologi semasa. Konsep ini adalah sama dengan konsep School Enterprise yang mengaplikasikan pengetahuan pelajar dengan persekitaran sebenar supaya matlamat untuk menghasilkan pelajar yang kreatif, inovatif, proaktif, berdaya saing dan berdikari dapat direalisasikan. Konsep School Enterprise pasti akan meningkatkan minat dan motivasi pelajar dalam mempelajari pendidikan teknik dan vokasional.
Antara perkara yang akan di tingkatkan melalui sistem latihan ini ialah nilai-nilai keusahawanan.

Ia dilakukan dengan mendapatkan khidmat nasihat dan kerjasama dari badan profesional perakaunan bagi memperkasakan kurikulum keusahawanan pendidikan teknik dan vokasional. Di samping itu juga, tindakan memperluaskan aliran vokasional dan kemahiran juga diambil dengan mewujudkan kembali Sekolah Menengah Vokasional bagi meningkatkan aspek latihan kemahiran. Seterusnya tindakan untuk meningkatkan keberkesanan latihan kemahiran adalah melalui pelaksanaan pembelajaran berteraskan kompetensi. Ia dilaksanakan melalui penglibatan pelajar dalam latihan industri.

3.3.4 Pendidikan Teknik dari Tingkatan satu.
Memperkenalkan aliran berasaskan kemahiran dari seawal tingkatan satu. Hal ini dapat memberikan pendedahan awal kepada pelajar selama tiga tahun persekolahan sebelum memasuki ke tahun empat persekolahan dimana mereka perlu memilih bidang yang diminati mengikut kebolehan mereka. Pendedahan yang awal akan memudahkan pelajar untuk memilih bidang yang sesuai dengan kebolehan mereka. Aliran ini juga merupakan alternatif kepada pelajar yang meminati bidang kemahiran supaya mereka tidak tercicir akibat tersalah memilih bidang yang mereka kurang minat.

Contoh sistem ini boleh dilihat diamalkan di negara Jepun. Di negara tersebut para pelajar telah didedahkan kepada sistem pendidikan vokasional seawal sekolah menengah rendah lagi. Keadaan ini telah memberikan negara Jepun sumber tenaga kerja yang mahir kerana para pelajarnya telah didedahkan dengan sistem latihan kemahiran sejak awal. Sehubungan dengan itu, pengurusan organisasi mereka menjadi mudah kerana mempunyai ramai tenaga kerja yang mahir dan mampu untuk mengendalikan sesuatu tugasan dengan baik. Maka dengan itu bagi system pendidikan Negara masa kini ia perlulah dirombak semula agar ia dapat member peluang kepada pelajar untuk membuat pilihan awal dan mempunyai masa untuk mengubah sekiranya aliran tersebut didapati kurang sesuai dengan minat masing-masing.

3.4 Pembiayaan Pendidikan Teknik dan Vokasional
Perubahan dalam dunia pekerjaan akan membabitkan perubahan dalam struktur kurikulum di sekolah-sekolah. Perubahan ini akan melibatkan kos, masa dan latihan tambahan. Dalam tempoh negara kita menuju ke arah Wawasan 2020, tidak mungkin sistem pendidikan kita dapat menanggung kos beban perubahan tanpa bantuan dari pihak lain. Contohnya Malaysia pernah meminjam US $300 juta atau RM 1.17 billion dari Bank Dunia yang telah ditandatangani oleh Duta Malaysia di Amerika Syarikat pada masa tersebut, Datuk Dali Hashim. Pinjaman ini adalah untuk tujuan membasmi kemiskinan, Kesihatan dan peruntukan pelajaran.
Sistem pendidikan vokasional juga perlu mendapat sumbangan dalam bentuk kewangan atau peralatan.

Pihak swasta perlu digalakkan untuk memainkan peranan mereka dengan menjalankan latihan di tempat sendiri sama ada secara usahasama dengan institusi kerajaan ataupun melalui sumber dalaman. Sumbangan secara terus dalam bentuk peruntukan tetap, biasiswa dan juga pinjaman perlu digalakkan. Sistem pendidikan juga perlu berusaha supaya setiap industri mencarumkan ‘levi’ latihan ke dalam sesuatu tabung dan memastikan setiap industri diwajibkan melatih beberapa orang pelatih mengikut kemampuan dan saiz industri berkenaan. Dengan cara ini pembiayaan latihan dapat dikongsi bersama oleh kerajaan dan sektor swasta.

Kerajaan perlu memikirkan bagaimana untuk menarik minat sektor swasta supaya terlibat secara langsung di dalam mempertingkatkan latihan kemahiran. Ini kerana pendidikan vokasional merupakan satu bidang yang memerlukan sumber kewangan yang besar bagi mengendalikannya. Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan telah memperkenalkan insentif cukai dalam Belanjawan bagi syarikat-syarikat yang terlibat di dalam latihan sumber manusia. Secara tidak langsung pengurusan organisasi akan menjadi lebih mudah dan perkhidmatan dapat disediakan dengan lebih baik.Adalah diharapkan dengan adanya insentif seperti ini, penglibatan sektor swasta di dalam latihan dan pendidikan vokasional dapat dipertingkatkan.

3.5 Mewujudkan Piawaian Bagi Program Kemahiran
Pada masa kini pelbagai institusi telah tumbuh dengan pesatnya dengan memperkenalkan pelbagai kursus. Namun begitu kebanyakannya adalah beroriantasikan keuntungan semata-mata. Boleh dikatakan semua institusi mengeluarkan Sijil dan Diploma mengikut takrif mereka sendiri tanpa merujuk kepada sesuatu piawaian yang ditetapkan. Ia akan memberi kesan negatif kepada perkembangan ekonomi dalam jangka masa panjang. Adalah menjadi cabaran kepada sistem pendidikan kita untuk menyediakan piawaian yang menyeluruh di samping mengambil kira perbezaan di antara industri-industri dan lokasi mereka. Dengan cara inilah kemahiran dan pengetahuan asas dapat digunakan dengan berkesan oleh pihak industri.

Pihak swasta juga digalakkan untuk membina institusi yang memberi latihan kemahiran kepada tenaga sumber manusianya sendiri. Namun begitu, kawalan oleh pihak berkuasa amat diperlukan supaya hasilnya akan mempunyai kualiti yang sepadan dengan yuran yang dikenakan. Pihak kerajan melalui Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) telah mula membangunkan prasarana untuk mengembangkan pentauliahan kemahiran. Satu jawatankuasa petugas yang dianggotai oleh agensi-agensi latihan kemahiran/vokasional termasuk Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan telah dibentuk pada 17 Mac 1992 untuk menjalankan kajian tentang perubahan fundamental dan seterusnya memajukan lagi sistem latihan vokasional sedia ada.

Di antara rumusan dan cadangan hasil kajian jawatankuasa petugas yang telah dibentangkan dan menerima mandat dalam Mesyuarat Anggota Majlis Latihan Vokasional 9 Disember 1992 ialah :-

i. Mewujudkan rangka kerja kelayakan vokasional(vocational qualification framework) yang meliputi bidang pekerjaan yang lebih meluas.
ii. Mengubahsuai piawaian ketukangan kebangsaan yang sedia ada dari ‘job based’ yang terlalu spesifik kepada ‘occupational-based’ yang lebih generik supaya lebih ‘flexibl
iii. Membuka lebih luas peluang mempertingkatkan kelayakan vokasional dengan memperkenalkan’Accredition of Prior Achievement’ (APA) dan ‘Accredition of Prior Learning’ (APL) supaya lebih ramai pekerja yang berpengalaman dapat diberi pengiktirafan sewajarnya tanpa melalui ujian kemahiran. Ini akan menjimatkan wang dan tenaga untuk menguji kemahiran yang sememangnya telah dimiliki oleh seseorang pekerja berpengalaman.
iv. Mengubahsuai kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang ada sekarang dengan mewujudkan satu Sistem Kelayakan Vokasional Kebangsaan (KVK). SMK Peringkat Asas, Pertengahan dan Tinggi akan digantikan oleh KVK Tahap I, Tahap II dan Tahap III di mana Tahap I dan II diletakkan di peringkat operasi dan pengeluaran dengan memuatkan kemahiran teras seperti kemahiran komunikasi. ‘information technology’dan ‘numeracy’ di samping kemahiran vokasional dan KVK Tahap III diletakkan di peringkat penyediaan dengan memuatkan kemahiran pengurusan.
v. Memastikan jaminan mutu (quality assurance) latihan vokasional dengan mewujudkan satu mekanisme assessment and verification yang sesuai untuk pelatih-pelatih di industri latihan dan juga pekerja industri.
vi. Melaksanakan latihan secara modular supaya sistem ‘assessment and verification’ dapat dijalankan dengan berkesan.

Kelayakan kemahiran individu yang telah menjalani program latihan juga akan diiktiraf dan dikenali pada peringkat kebangsaan. Di bawah sistem ini juga reputasi, pentauliahan, pengiktirafan dan pendaftaran penyedia latihan (training providers) dapat dikawal agar semua pusat latihan berusaha supaya kursus latihannya ditauliah dan program latihannya diiktiraf serta institusi mereka berdaftar dengan MLVK untuk menjalankan kursus dan program latihan di mana-mana dalam Malaysia.

4.0. CABARAN MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
4.1 Pemupukan Budaya Pendidikan Untuk Seumur Hidup
Menurut George R. Knight, pendidikan bukan hanya terhad kepada pembelajaran di peringkat sekolah sahaja, malah ia lebih merupakan suatu proses pembelajaran sepanjang hayat. Pendidikan menjelang Abad ke-21 bukan sahaja untuk memberikan pelajaran asas kepada pelajar-pelajar sekolah sahaja, bahkan ia juga bertujuan untuk memberi peluang kepada setiap individu yang berminat untuk memperkayakan ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran diri sendiri mengikut perubahan semasa.

Ini adalah selaras dengan Matlamat Pendidikan Negara yang bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan menghayati ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, program pendidikan lanjutan perlu diwujudkan bagi membolehkan latihan tambahan diberi kepada mana-mana individu yang ingin meningkatkan pengetahuan dan kemahirannya. Kemahiran tambahan sedemikian adalah perlu untuk seseorang itu menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi semasa agar ilmu yang dimiliki oleh seseorang itu tidak akan statik dan ketinggalan zaman.

Masyarakat Malaysia secara umumnya perlu diberikan kesedaran terhadap kepentingan program pendidikan lanjutan. Kejayaan program pendidikan lanjutan di luar negeri sepatutnya dijadikan ikhtibar bagi mewujudkan program pendidikan lanjutan tempatan. Sebagai contoh di Hong Kong, mengikut perangkaan yang diperolehi pada tahun 1984, jumlah peserta yang mendaftar untuk kursus peningkatan kemahiran adalah jauh lebih besar dari yang mengikuti kursus juruteknik. Salah satu halangan kepada perkembangan program pendidikan lanjutan adalah disebabkan oleh jadual kursus yang rigid dan lokasi pusat latihan yang tidak sesuai.

Program pendidikan luar kampus, S.P.A.C.E . (School Of Professional And Continuing Education) yang sedia ada, sungguhpun mempunyai jadual waktu yang agak fleksibel, namun ia masih tidak dapat memenuhi permintaan orang ramai disebabkan pilihan lokasinya yang terhad. Individu-individu yang berminat mungkin terpaksa melupakan hasrat mereka memandangkan mereka berasa sukar untuk meluangkan masa untuk menghadiri latihan kerana urusan kerja yang sibuk dan terikat dengan keluarga masing-masing. Oleh itu, bagi menggalakkan penyertaan golongan bekerja dalam program pendidikan lanjutan, latihan yang ditawarkan seharusnya mudah diikuti dari segi kesesuaian tempat dan masa. Disamping itu, latihan tersebut juga perlu menjurus kepada bidang yang berkaitan dengan kehendak individu dan juga pihak industri.

Namun begitu, cabaran kepada pendidikan masa kini ialah untuk menyediakan prasarana yang sesuai untuk perlaksanaan aspirasi program pendidikan lanjutan tersebut. Salah satu cara untuk mencapai matlamat ini adalah dengan mengembangkan penggunaan Pendidikan Jarak Jauh (distance education). Pendidikan Jarak Jauh merujuk kepada kaedah pembelajaran yang melibatkan perpisahan antara pelajar dan pensyarah dalam suatu program penyampaian bahan mengajar yang teratur dan menggunakan media berteknologi tinggi seperti 'teleconferencing'. Pendidikan Jarak Jauh adalah lebih merupakan sejenis pendidikan bukan formal (informal education) yang ditujukan khas untuk golongan pekerja atau profesional yang ingin meningkatkan ilmu pengetahuan seiring dengan perkembangan sains dan teknologi.

Ia adalah sejajar dengan saranan Yang Berhormat Dato Najib Tun Razak baru-baru ini bahawa perlunya pendekatan 'Individuals-Oriented' dalam sistem pendidikan negara, yang mana aspek pembelajaran individualistik ditekankan. Pengalaman negara Indonesia, Thailand dan India menunjukkan penyebaran ilmu yang berkualiti dapat dilaksanakan dengan kaedah Pendidikan Jarak Jauh. Malaysia mempunyai asas yang membolehkan pendidikan menerusi sistem ini dijalankan. Apa yang kurang cuma bahan-bahan bantuan (software) dan kesungguhan melaksanakannya. Mengikut Profesor Ungku Aziz, terdapat tiga peringkat yang boleh menjayakan program Pendidikan Jarak Jauh:
a. Kursus-kursus di peringkat maktab, institusi dan universiti untuk pelajar-pelajar.
b. Kursus berbentuk pendidikan lanjutan kepada mereka yang sudah bekerja yang berminat untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran diri, contohnya bbagi kursus pengurusan dan perakaunan.
c. Orang-orang dewasa yang berminat untuk belajar semata-mata kerana dahagakan ilmu. Antara contoh kursus yang dimaksudkan ialah penulisan kreatif, bahan, teknik pertanian dan lain-lain lagi.

4.2 Persepsi masyarakat
Persepsi Masyarakat terhadap pendidikan teknik dan vokasional yang sering memandang rendah pada pelajar-pelajar sekolah vokasional sebagai pelajar yang gagal dalam bidang akademik masih menebal di kalangan masyarakat. Ramai juga dikalangan ibubapa, terutama Pegawai Tinggi Kerajaan kurang menggalakkan anak-anak mereka yang berminat dalam bidang kemahiran untuk meneruskan pengajian dalam bidang teknik dan vokasional (Yahya, 1993).

Perasaan ini timbul kerana di masa lalu murid-murid yang memasuki sekolah vokasional adalah terdiri daripada mereka yang berkelulusan rendah dalam peperiksaan SRP atau kini PMR dan gagal untuk meneruskan pengajian ke tingkatan empat di sekolah akademik. Selain daripada itu, pendidikan ini dikaitkan juga dengan mereka yang gagal meneruskan pengajian akademik bagi mencapai cita-cita mendapat pekerjaan berkolar putih. Oleh itu perlu ada usaha untuk mengubah tanggapan masyarakat terhadap pendidikan teknik dan vokasional ini melalui kempen-kempen penerangan. Kempen ini boleh dilaksanakan di sekolah-sekolah dengan kerjasama pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dengan cara mewar-warkan kejayaan lulusan pendidikan Teknik dan Vokasional (Yahya Emat, 1993).

4.3 Meningkatkan bilangan Sekolah dan Institut Kemahiran.
Meningkat dan membuat penambahbaikan terhadap sekolah vokasional dapat memberi peluang kepada lebih ramai pelajar yang tercicir untuk mengikuti aliran teknik dan vokasional. Disamping itu juga, Kementerian Pelajaran juga telah menubuhkan dua buah Matrikulasi Teknikal pada tahun 2009 bagi memberi laluan peningkatan kepada pemilihan pelajar di Institut Pengajian Tinggi dalam bidang teknologi dan kejuruteraan. Usaha ini dilakukan oleh kerajaan supaya pendidikan teknik dan vokasional dapat melahirkan pelajar-pelajar yang dapat memenuhi kehendak negara.

Hal ini menunjukkan pendidikan teknik dan vokasional berperanan dalam memberi ruang kepada semua pelajar untuk mendapat pendidikan dan kekal dalam sistem persekolahan. Secara tidak langsung ia akan dapat membantu mengatasi masalah keciciran pelajar di sekolah serta dapat menjamin kualiti tenaga kerja yang akan dihasilkan bagi menguruskan organisasi dan perkhidmatan pada masa hadapan.

5.0. HARAPAN MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
5.1 Menaikkan Taraf Lulusan Dalam Bidang Pendidikan Teknik dann Vokasional
Pendidikan juga mempunyai peranan untuk memberi penerangan bahawa tidak ada bezanya di antara sistem pendidikan vokasional dan akademik. Sungguhpun Presiden Pertubuhan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Abu Bakar Shauket Ali pernah menyeru kepada pihak kerajaan untuk memberikan peluang kepada pelajar-pelajar yang gagal dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi memperolehi latihan vokasional. Tetapi ini tidak bermakna bahawa sekolah-sekolah vokasional yang sedia ada telah diturunkan tarafnya.

Sikap memandang rendah terhadap pelajar-pelajar sekolah vokasional sebagai gagal ke sekolah akademik masih menebal di kalangan kita. Setengah ibu bapa berasa malu pada jiran-jiran apabila anak mereka bersekolah aliran vokasional. Mesipun sering kali ditegaskan bahawa masa depan bagi lepasan sekolah vokasional yang bercorakkan kemahiran adalah cerah, namun pada hakikatnya tanggapan orang ramai terhadap pendidikan vokasional sukar dikikis. Akibatnya, hanya sejumlah 7% pelajar-pelajar PMR kita yang berminat untuk memasuki sekolah vokasional dan teknik berbanding dengan di negara perindustrian seperti Jerman di mana 70% daripada lepasan sekolah ditempatkan untuk latihan vokasional. Di sini, masyarakat khususnya golongan remaja haruslah mengubah sikap dan pandangan mereka terhadap pendidikan vokasional. Dengan wujudnya peluang-peluang pekerjaan yang semakin meluas, gaji yang lumayan dan kenaikan pangkat yang lebih cepat dalam sektor pekerjaan vokasional, pandangan masyarakat harus berubah dan memandang tinggi terhadap pekerjaan kolar biru. Selagi jurang ini masih wujud maka sukarlah untuk menggalakkan lebih ramai pelajar mengikuti bidang vokasional.

Namun begitu, berbagai-bagai usaha telah dijalankan bagi mengalihkan pandangan masyarakat agar beranggapan positif terhadap pendidikan teknik dan vokasional. Contohnya, dalam Falsafah Pendidikan Negara dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), telah ditekankan terhadap nilai-nilai yang tinggi seperti berkeupayaan untuk bekerja keras, semangat untuk memajukan diri, etika kerja yang baik, disiplin dan semangat untuk bersaing. Dalam kurikulum baru ini, mata pelajaran baru iaitu Kemahiran Hidup Bersepadu telah diperkenalkan. Ini secara tidak langsung akan mendedahkan pelajar-pelajar aliran akademik kepada pendidikan teknik dan vokasional.

Selain daripada itu, sistem pendidikan juga perlu untuk menyedarkan orang ramai bahawa peluang dan laluan memang disediakan bagi lulusan dalam bidang kemahiran. Peluang melanjutkan pelajaran untuk lepasan sekolah vokasional kini sebenarnya sudah tidak terhad hanya kepada politeknik atau institut kemahiran sahaja malah para pelajar aliran teknik dan vokasional boleh terus menyambung pelajaran ke pusat pengajian tinggi awam seperti UniKL, British Malaysian Institute, UKM, UM, Kolej-kolej Universiti dan banyak lagi universiti di dalam dan diluar negara yang diiktiraf oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Oleh yang demikian, peluang untuk peningkatan ilmu bagi lulusan bidang vokasional sudah tidak boleh dipertikaikan lagi. Disamping itu juga, pekerja-pekerja dalam sektor industri juga boleh menyambung pengajian dalam bidang akademik jika mampu.
Dengan itu, institusi-institusi pengajian tinggi tempatan perlu bersikap lebih terbuka dalam memberi peluang kepada golongan pekerja ini bagi melanjutkan pelajaran mereka.

Pengiktirafan sijil kemahiran seperti Sijil Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) supaya setaraf dengan akademik juga perlu diterima segera sebagai usaha untuk menaikkan taraf lulusan dalam bidang teknik dan vokasional ini. Dari segi kualiti pendidikan vokasional pula, tenaga pengajar di institusi latihan teknik dan vokasional perlulah mempunyai pengetahuan yang terkini, berorientasikan industri dan mempunyai pengalaman bekerja dalam industri. Justeru itu, tenaga pengajar amat digalakkan untuk menjalani kerja-kerja perundingan di industri, menghadiri kursus-kursus latihan teknikal jangka pendek dan diadakan pertukaran kakitangan antara institusi pendidikan teknik dan vokasional.

5.2 Membuka Ruang Dan Peluang Kepada Golongan Tercicir
Ruang dan peluang kepada golongan tercicir untuk mengikuti latihan anjuran pendidikan teknik dan vokasional juga perlu dibaiktambah dari masa kesemasa bagi memperkasakannya terutama dalam menarik minat pelajar-pelajar yang mengalami keciciran di dalam sistem pendidikan formal negara untuk memilih sistem pendidikan teknik dan vokasional sebagai satu peluang untuk berjaya. Berdasarkan buku Pembangunan Pendidikan (2001 – 2010) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menunjukkan peratusan pelajar yang masuk ke tahun satu dan berjaya menamatkan pendidikan hingga ke tingkatan 5 di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan telah meningkat 65.0 peratus bagi kohort 1988-1998 kepada 79.8 peratus bagi kohort 1990-2000.

Kadar keciciran pelajar tingkatan satu ke tingkatan dua adalah sebanyak 2.4 peratus dan daripada tingkatan dua ke tingkatan tiga adalah sebanyak 3.7 peratus. Manakala sebanyak 7 peratus pelajar pula meninggalkan sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan setelah mengambil peperiksaan PMR. Kadar keciciran pelajar tingkatan empat ke tingkatan lima adalah sebanyak 4 peratus. Keadaan ini perlu dilakukan suatu gerakkerja khas bagi memastikan golongan yang tercicir ini tidak akan terus tertinggal kebelakang. Justeru itu sistem pendidikan teknik dan vokasional perlu diolah agar ia dapat disesuaikan dengan golongan yang tercicir ini. Keadaan ini setidaknya akan membantu mencorak kehidupan pelajar tersebut di masa akan datang.

Pada masa ini, pihak kerajaan perlu membuka ruang dan peluang kepada golongan ini dengan cara membuka lagi sekolah-sekolah vokasional atau teknik bagi meningkatkan lagi kapasiti pengambilan pelajar khasnya untuk program-program yang direka khas untuk golongan pelajar yang tercicir ini. Keadaan ini setidaknya akan menyeimbangkan bilangan kemasukan pelajar ke sistem pendidikan negara sejajar dengan matlamat sistem pendidikan negara masa kini. Berdasarkan buku Pembangunan Pendidikan (2001 – 2010) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia Menunjukkan Sistem pendidikan telah menetapkan dasar 60:40 bagi jurusan sains/teknikal:sastera. Kedudukan pada tahun 2000 menunjukkan pencapaian ini masih jauh daripada sasaranya dimana hanya 27.7 peratus sahaja yang pelajar memilih jurusan sains dan teknikal.

6.0 PENUTUP
Sebagai rumusan, beberapa langkah yang wajar perlu diberikan perhatian oleh semua pihak bagi menyahut cabaran-cabaran perubahan di dalam usaha untuk memperkasakan sistem pendidikan teknik dan vokasional agar pengurusan organisasi dan perkhidmatan menjadi lebih baik dimasa hadapan, antaranya adalah seperti berikut :-
1. Masyarakat perlu mengubah sikap yang selama ini memandang rendah terhadap pendidikan teknik dan vokasional.
2. Industri perlu terlibat dalam perancangan kurikulum dan perkembangan pendidikan vokasional agar latihan yang diberikan kepada pelajar dapat dihubungkaitkan dengan dunia pekerjaan yang sebenar.
3. Program vokasional mestilah disokong oleh polisi yang kukuh serta dibantu sepenuhnya oleh sistem pentadbiran dan politik yang ada.
4. Pendidikan sekolah aliran akademik mulai peringkat yang terendah sehinggalah ke sekolah menengah perlu diterapkan komponen-komponen latihan vokasional.
5. Pihak swasta perlu digalakkan untuk memberi sumbangan kerana beban dan kos untuk membiayai pendidikan vokasional adalah terlalu tinggi.
6. Program vokasional yang khusus untuk sesuatu pekerjaan perlu diperkuatkan pada peringkat tertinggi seperti institusi pengajian tinggi, maktab-maktab dan persekolahan peringkat menengah atas.
7. Perkembangan sistem vokasional pada masa depan seharusnya memberi peluang kepada sesiapa saja yang berminat tanpa mengira kedudukan sosio-ekonomi mereka.
8. Kursus-kursus sambilan hujung minggu atau luar waktu kerja perlu diadakan untuk tujuan meningkatkan kemahiran pekerja-pekerja supaya sejajar dengan perkembagan teknologi.
9. Pegawai-pegawai yang bertanggungjawab dalam pembangunan pendidikan vokasional perlu diberi pendedahan mengenai perkembangan teknologi untuk dihayati implikasi teknologi baru kepada sistem pendidikan.
Sebagai kesimpulan, pendidikan vokasional haruslah berhadapan dengan beberapa cabaran agar dapat diperkasakan demi memastikan pengurusan organisasi dan perkhidmatan di Malaysia dapat memenuhi matlamat negara menjelang wawasan 2020. Sikap masyarakat sendiri juga perlu diubah agar dapat memberi pandangan yang lebih positif terhadap pendidikan teknik dan vokasional. Walaupun perubahan dari segi sikap dan nilai sesebuah masyarakat itu akan memakan masa yang lama, namun usaha-usaha perlulah dijalankan mulai dari sekarang. Generasi muda perlulah ditanam dengan sikap dan norma kehidupan yang baik agar mereka mampu menjadi pekerja-pekerja yang berkemahiran tinggi.

Cabaran untuk memperkasakan pendidikan teknik dan vokasional sememangnya adalah besar sekiranya Negara ingin mencapai taraf negara maju dalam tahun 2020. Tidak dinafikan bahawa asas sudah ada dalam pendidikan teknik dan vokasional pada masa ini yang mana ia akan membolehkan semua pihak yang berkepentingan untuk merancang menuju ke arah cita-cita tersebut. Namun begitu, dengan persaingan yang akan dihadapi pada tahun-tahun akan datang khususnya dalam kegawatan ekonomi yang melanda negara kini, tenaga manusia yang bakal dilahirkan oleh pendidikan teknik dan vokasional haruslah mempunyai daya saingan dan peka kepada perubahan yang berlaku sekelilingnya. Mereka mestilah mempunyai kemahiran yang secukupnya dan menjadi pekerja yang terpelajar. Penduduk yang terpelajar akan mengukuhkan ekonomi dan dari kekuatan ekonomilah terbinanya negara yang kuat dan dihormati di peringkat antarabangsa.

RUJUKAN
1. Mahathir Mohamad (1991) Malaysia: Melangkah Ke Hadapan (Wawasan 2020).
Jabatan Percatakan Negara.
2. Siti Maspiah Hassan;Nor azizah Salleh (1995). Pendidikan Vokasionmal:
Formal Dan Normal Ke Arah Wawan 2020. UKM.
3. Isahak Haron, (1992).”Aliran Perkembangan Pendidikan dan Pembentukan
Malaysia Sebagai Negara Industri Dalam Abad ke-21.UPM.
4. Yahaya Emat. Cabaran Dan Strategi Pendidikan Teknik Dan Vokasional Ke Arah Mencapai Wawasan 2020.KPM.
ISU DAN CABARAN PENGURUSAN SESEBUAH ORGANISASI BAGI MELAHIRKAN SUMBER MANUSIA YANG CEMERLANG

1. Pengenalan.

Isu dan cabaran pengurusan sumber manusia dalam melahirkan warga cemerlang telah menerima liputan meluas di media massa dan media cetak pada masa kini. Antara isu dan cabaran yang diperkatakan adalah seperti isu :-

(i) ketidakseimbangan gender dalam pasaran pekerjaan,
(ii) imbuhan dan pelarasan gaji,
(iii) etika dan integriti,
(iv) tekanan kerja, stres dan burn out,
(v) gangguan seksual,
(vi) kepemimpinan,
(vii) penilaian prestasi dan pemberian insentif,
(viii) globalisasi pendidikan,
(ix) teknologi ICT
(x) jaminan kualiti kehidupan,
(xi) penyediaan peluang pekerjaan,
(xii) latihan sumber manusia dan pembangunan .

Kesemua isu ini sebenarnya menjadi penghalang kepada organisasi untuk melahirkan warga yang cemerlang. Oleh yang demikian, sesebuah organisasi perlu mempertimbangkan kaedah dan langkah yang sesuai bagi mengatasinya. Ini akan menjadi satu cabaran kepada organisasi terutama apabila cabaran-cabaran itu akan melibatkan faktor dasar, implikasi kewangan, budaya, kepercayaan, pembangunan dan pengurusan sumber manusia. Oleh yang demikian, perkara yang akan dibincangkan di dalam penulisan ini adalah lebih memfokuskan kepada isu dan cabaran dari aspek sumber manusia, globalisasi, imbuhan, kualiti kepimpinan, pengurusan dan tekanan kepada organisasi di dalam melahirkan warga cemerlang. Mengikut Kamus Dewan (2007) ia menerangkan bahawa ‘isu’ ialah “perkara atau persoalan pokok sesuatu perkara”. Isu menampilkan suatu tajuk atau fokus perbincangan yang menjadi buah mulut atau tajuk utama khususnya pihak media massa. Manakala cabaran pula adalah perkara yang perlu dihadapi jika ingin menyelesaikan sesuatu isu.

2. Isu Sumber Manusia

Dalam konteks sumber manusia, pelbagai isu telah diketengahkan khususnya yang berhubung kait pembangunan, perancangan dan pengurusan sumber manusia yang menjadi tonggak sesebuah organisasi. Berdasarkan Ab. Aziz Yusoff (2006), ‘sumber manusia’ ialah asset terpenting organisasi sama ada organisasi perniagaan yang mengutamakan aspek-aspek produktiviti, kualiti, kepuasan pelanggan, keuntungan dan ‘viability’ ataupun organisasi awam yang mementingkan kualiti perkhidmatan, keberkesanan kos serta kepuasan dan keselesaan pelanggan.

Untuk menghasilkan warga yang cemerlang di dalam sesebuah organisasi ‘Pengurusan sumber manusia’ perlu mempunyai strategi yang mampan dan berkesan. Ia merujuk kepada cara dan pendekatan yang digunakan oleh organisasi untuk mengurus dan mengawal aktiviti yang berkaitan dengan sumber manusia dalam organisasi agar selari dan mencapai matlamat organisasi (Faridahwati Mohd Shamsudin et al. 2006). Manakala Sarimah Hanim pula berpandangan bahawa pengurusan sumber manusia. merupakan suatu pendekatan pengurusan strategik yang melibatkan elemen terpenting dalam organisasi iaitu individu yang menyumbangkan idea, kepakaran dan tenaga ke arah pencapaian objektif organisasi.

Dalam tempoh sepuluh tahun yang lepas, negara telah melalui pelbagai perubahan persekitaran yang mempunyai impak mendalam ke atas pembangunan, perancangan serta pengurusan sumber manusia seperti globalisasi, ASEAN Free Trade Area (AFTA), World Trade Organisation (WTO), kemelesetan ekonomi dunia serta perkembangan pesat dunia teknologi maklumat dan komunikasi. Perubahan-perubahan yang ditampilkan ini memberi kesan yang mendalam ke atas pertumbuhan ekonomi, pembangunan sosial serta perundangan negara.

Dalam aspek pengurusan sumber manusia, perubahan-perubahan ini merupakan cabaran yang telah menimbulkan pelbagai isu terkini yang memerlukan semakan semula beberapa dasar dan peraturan. YB Datuk Wira Dr. Fong Chan Onn Menteri Sumber Manusia, dalam ucapan beliau di Persidangan Perancangan Strategik Kementerian Sumber Manusia pada September 2004, menggariskan empat isu-isu terkini yang merupakan cabaran semasa Negara.

Isu-isu tersebut ialah :

(i) isu mengurangkan pergantungan terhadap pekerja asing;
(ii) ‘delivery system’;
(iii) penguatkuasaan undang-undang;
(iv) pengeluaran tenaga mahir

Dalam membicarakan pengurusan sumber manusia secara am, Ab. Aziz Yusof (2006), June (2006), Sarimah Hanim (2006) dan Maimunah Aminuddin (2003) menyenaraikan beberapa isu berbangkit sedia ada yang berhubung kait pengurusan sumber manusia dalam organisasi. Isu-isu tersebut merangkumi;

(i) Persekitaran pengurusan sumber manusia yang mencakupi pengaruh diversiti,
(ii) kekurangan tenaga kerja mahir,
(iii) impak globalisasi,
(iv) pengaruh perubahan,
(v) keprihatinan terhadap isu etika,
(vi) keadilan pekerja;
(vii) persekitaran perundangan;
(viii) perekrutan dan pemilihan pekerja;
(ix) latihan dan pembangunan pekerja;
(x) pembangunan kerjaya pekerja;
(xi) penilaian prestasi;
(xii) pengurusan pampasan dan faedah;
(xiii) kesihatan dan keselamatan pekerja;
(xiv) keganasan di tempat kerja;
(xv) gangguan seksual di tempat kerja;

Manakala cabaran semasa yang berbangkit berhubung kait pengurusan sumber manusia pula termasuklah;

(i) pengaruh faktor persekitaran seperti perubahan teknologi dan trend pekerjaan;
(ii) keperluan kepada penggubalan serta pindaan undang-undang dan peraturan kerajaan yang relevan;
(iii) pengaruh globalisasi;
(iv) kemasukan buruh asing yang telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pelbagai kelompok masyarakat.
Sehubungan itu cabaran yang dihadapi dalam pengurusan sumber manusia perlu ditangani dengan bijak melalui penggemblengan usaha antara pemimpin, majikan, golongan pekerja dan masyarakat secara keseluruhannya. Ini bagi memastikan kesemua isu dapat diatasi dengan baik. Jika perkara ini tidak ditangani dengan betul dan teliti ia boleh mengakibatkan kesan dan implikasi yang buruk ke atas sesebuah organisasi di dalam melahirkan warga cemerlang dan seterusnya ia boleh menjejaskan imej serta reputasi sesebuah organisasi atau masyarakat.

3. Isu Globalisasi

Pada masa kini, isu globalisasi telah muncul hasil daripada cantuman pelbagai proses transnasional dan struktur domestik yang membolehkan ekonomi, politik, budaya dan ideologi sesuatu negara menerobosi sempadan negara lain (Abdul Rahman Embong, 2000). Secara langsung isu ini akan memberikan kesan ketara ke atas pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara. Pertumbuhan dan pembangunan ekonomi itu sendiri sebenarnya adalah asas kepada bentuk pembangunan sumber manusia (Norani, 2000) dan seterusnya membentuk generasi warga cemerlang.

Justeru itu keupayaan organisasi untuk menilai, mengikuti dan mentafsir isu globalisasi merupakan cabaran yang amat mendesak kerana ia akan menentukan keupayaan daya saing organisasi di dalam melahirkan warga cemerlang. Oleh yang demikian, satu pendekatan secara menyeluruh, sistematik dan strategik yang meliputi pelbagai aspek termasuk perancangan, latihan, perkembangan kerjaya, keselamatan dan kesihatan, kebajikan, penilaian prestasi, aspek disiplin serta ganjaran adalah cabaran yang perlu ditangani dengan baik bagi mengelakkan daripada timbulnya beberapa isu lain yang memudaratkan imej dan reputasi sesebuah institusi itu khasnya di dalam usaha melahirkan warga cemerlang di dalam masyarakat atau organisasi.

4. Imbuhan

Imbuhan merupakan daya penarik sama ada bagi mereka yang inginkan sesuatu pekerjaan atau bagi memotivasikan para pekerja dalam sesebuah organisasi. Menurut Maimunah Aminuddin (2003) antara kebaikan memberi imbuhan kepada pekerja termasuklah:
(i) membantu menarik pekerja baru untuk bekerja dengan organisasi;
(ii) membantu mengekalkan pekerja sedia ada dalam organsiasi; dan
(iii) meningkatkan semangat para pekerja yang dapat menyumbang kepada produktiviti yang lebih tinggi.
Imbuhan yang paling biasa diharapkan oleh pekerja ialah ganjaran wang ringgit. Gaji atau upah merupakan balasan asas yang diterima oleh pekerja atas sumbangan yang diberikan. Oleh sebab tiada satu peruntukan undang-undang yang menetapkan gaji atau upah minimum pekerja di Malaysia, maka organisasi berhak menetapkan kadar gaji atau upah untuk pekerjanya (Faridahwati Mohd Shamsudin et al., 2006).

Kepentingan imbuhan yang paling utama ialah dapat mempengaruhi pekerja untuk membentuk tingkah laku yang dikehendaki oleh organisasi (Bergmann et al., 2002). Amat penting untuk menentukan bahawa imbuhan yang diberikan sebagai balasan perkhidmatan adalah mencukupi. Perkara sebaliknya akan mengakibatkan pelbagai kesan negatif terhadap organisasi. Ini adalah cabaran yang sering membantuk usaha organisasi di dalam melahirkan warga yang cemerlang kerana jika pekerja tidak berpuas hati dengan imbuhan yang diterima, melalui Kesatuan Sekerja, mereka boleh melancarkan mogok, menggugat produktiviti organisasi dengan cara ponteng kerja, melengah-lengahkan kerja atau tidak hadir kerja.

Keadaan ini boleh mewujudkan suasana yang tidak sihat bagi perkembangan sesebuah organisasi. Banyak masa, usaha dan tenaga akan ditumpukan kepada usaha mencari jalan persefahaman daripada menggunakan sumber-sumber itu kepada usaha melahirkan warga yang cemerlang. Dasar imbuhan atau bayaran oleh organisasi adalah penting kerana ini akan menjadi asas pembangunan sistem imbuhan untuk tujuan penyelarasan, ketekalan dan keadilan dalam organisasi. Bagi Mondy & Noe (2005), salah satu aspek penting dalam pentadbiran imbuhan yang perlu diambil kira ialah keadilan atau ekuiti dalam pemberian imbuhan. Keadilan bermaksud tanggapan pekerja bahawa mereka dilayan secara adil.Terdapat dua jenis keadilan iaitu :-

(i) keadilan luaran dan
(ii) keadilan dalaman.

Keadilan atau ekuiti luaran bermaksud pekerja dalam organisasi dibayar pada kadar yang sama dengan pekerja lain dalam organisasi lain yang melakukan tugas yang sama. Di sini letaknya cabaran yang perlu ditanggung oleh majikan atau organisasi. Sebagai contohnya seperti isu pelarasan gaji kakitangan awam yang telah diumumkan oleh Kerajaan pada pertengahan tahun 2007 telah membangkitkan isu pemampatan gaji. Pemampatan gaji merupakan suatu situasi yang wujud apabila pekerja memberi tanggapan bahawa perbezaan gaji antara mereka (sama ada pekerja gred lebih tinggi atau lebih rendah daripada mereka) terlalu kecil (Zafir dan Fazilah, 2003).
Tanggapan ini adalah cabaran yang perlu ditangani oleh pihak majikan kerana ia selalunya dibangkitkan oleh pekerja yang sudah lama berkhidmat atau mempunyai kelayakan akademik yang lebih tinggi tetapi menerima imbuhan yang lebih rendah. Isu ini telah dilaporkan secara meluas dalam media massa. Formula pelarasan gaji yang diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam bagi pelarasan gaji telah dianggap menimbulkan diskriminasi terhadap guru yang mula berkhidmat sebagai guru bukan siswazah tetapi kemudiannya melanjutkan pelajaran dan dilantik sebagai guru siswazah. Terdapat perbezaan gaji yang ketara antara guru sedemikian dengan guru yang tidak menyambung pelajaran.

Dalam menyelesaikan isu pemampatan gaji ini, beberapa cadangan yang boleh diusulkan termasuklah (Berita Harian, 16 Julai 2007):

(i) Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) perlu membuat memorandum kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menyemak semua anomali pelarasan gaji yang berbangkit;
(ii) Jawatankuasa khas perlu ditubuhkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam bagi menyelesaikan isu ini; dan
(iii) Polisi Kementerian Pelajaran dalam menggalakkan peningkatan kualiti akademik perlu diselaraskan dengan polisi pelarasan atau kenaikan ganjaran dan pangkat.

5. Kepemimpinan

Bagi mewujudkan warga yang cemerlang, isu kepemimpinan di dalam organisasi juga memainkan peranan kerana terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi oleh organisasi. Pengurusan yang baik bermula daripada pemimpin yang bijak merancang, melaksana, mengurus dan mengawal atau memantau pengimplementasian sesuatu yang telah dirancang dan sumber-sumber di bawah kawalannya. Corak kepemimpinan haruslah menjurus kepada usaha meningkatkan produktiviti kecemerlangan sehingga akhirnya mencapai zero defect. Menurut Moa Tze Tung, pemimpin yang berkesan adalah ‘jinak seperti kucing dan garang seperti harimau’. Oleh itu, seseorang pemimpin perlu mempunyai keseimbangan emosi dan perasaan. Hal ini selaras dengan Wawasan Pendidikan yang mahu mencapai empowerment dengan tujuan mengubah cara berfikir, bekerja, mengurus, menyelia, berhubung dan bertindak. Dalam mengurus sumber manusia, pemimpin mempunyai cabaran dimana ia harus memberikan tumpuan kepada matlamat organisasi, mengatur dan menyelenggara tugasan, menugaskan kerja, menjalinkan saluran komunikasi, menggariskan hubungan dengan orang bawahan dan menilai prestasi kumpulan kerja.
Pemimpin akan menugaskan pekerja dengan tugasan tertentu, mengekalkan piawai prestasi yang jelas, menekankan had waktu perjumpaan, menggalakkan penggunaan langkah-langkah yang serupa, memberitahu pekerja apa yang diharapkan daripada mereka, dan memastikan pekerja bekerja mengikut kebolehan. Berdasarkan Koontz & Weilhrivh (1992), cabaran yang kuat kepada corak kepimpinan adalah sejauh mana kemampuan dan kebolehan kepimpinan tersebut untuk mengubah sikap dan tindakan subordinat yang berada di bawah pengaruhnya.

Cabaran ini merangkumi semua aktiviti, perlakuan, kemahiran, sikap dan pengetahuan yang mencerminkan kebolehan dan kesediaan untuk mempengaruhi, menggerakkan, membimbing dan melatih individu ke arah mencapai objektif warga yang cemerlang di dalam organisasinya. Kepemimpinan sekolah, menurut Omardin Ashaari (1996) adalah proses pengetua mendapatkan kerjasama individu yang bertugas di bawah arahannya dalam menuju ke arah penyempurnaan matlamat. Kejayaan sekolah banyak bergantung pada kepemimpinan pengetuanya.

Pengetua yang cemerlang perlu bijak mengarah dan mengurus sumber manusia yang berada di bawah tanggungjawabnya. Para pengetua perlu diberi pendedahan mengenai ilmu kepemimpinan instruksional sebagai persediaan untuk mentadbir dan mengurus sekolah (Yahya Don, 2007). Ini adalah cabaran yang memerlukan perungkaian isu dengan bijak dan tersusun. Kegagalan mengurus sumber manusia dengan baik boleh membangkitkan pelbagai isu, antaranya:

(i) persekitaran tempat kerja yang tidak kondusif;
(ii) proses pembelajaran dan pengajaran yang sering terganggu;
(iii) senggaraan infrastruktur fizikal dan bukan fizikal yang tidak teratur;
(iv) penggunaan dan pengagihan sumber yang tidak optimum; dan
(v) masalah etika dan integriti.

Oleh itu, kegagalan menguruskan isu ini ia akan mendatangkan pelbagai implikasi negatif yang dalam jangka masa panjang bakal menggugat usaha di dalam melahirkan warga yang cemerlang.

6. Etika Dan Integriti Pekerja

Berdasarkan Ab. Aziz Yusof (2006), etika dalam erti kata sebenarnya ialah persoalan moral yang membicarakan betul atau salah, benar atau tidak, dan perkara yang perlu dibuat atau ditinggalkan. Etika dalam pengurusan bermaksud menerapkan nilai-nilai moral seperti disiplin, garis panduan, tatasusila, peraturan, polisi dan segala unsur positif yang dapat membantu pengurus menjalankan tanggungjawab dengan berkesan. Integriti ialah satu kualiti dan ciri positif yang wujud secara keseluruhan pada individu dan organisasi.

Ciri dan kualiti integrity mengandungi unsur-unsur ‘wholeness’ (kewujudan secara bersepadu sebagai keseluruhan) pada diri individu atau organisasi. Dalam akhlak Islam, integriti bersesuaian dengan sifat-sifat benar, amanah, setia, pegangan teguh, peribadi teguh, peribadi mulia, mukmin yang bertaqwa, dan sebagainya, yang membawa pengertian menyeluruh pengamalan dan nilai-nilai akhlak yang diperlihatkan dalam diri Rasulullah S.A.W.(Tuan Asmawi, 2006). Dalam sektor perkhidmatan awam pelbagai dasar, peraturan, pekeliling dan garis panduan telah digubal bagi memastikan etika dan integrity dihayati oleh penjawat awam. Antara dokumen yang relevan termasuklah:

(i) Teras Perkhidmatan Awam;
(ii) Tonggak 12 Perkhidmatan Awam;
(iii) Dasar Pandang Ke Timur;
(iv) Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran;
(v) Kepimpinan Melalui Teladan;
(vi) Gerakan Budaya Kerja Cemerlang;
(vii) Pengurusan Kualiti dan Anugerah Kualiti;
(viii) Konsep Perkhidmatan Cemerlang.

Tujuan etika perkhidmatan awam adalah untuk:

(i) meningkatkan mutu perkhidmatan awam;
(ii) memelihara kepercayaan awam;
(iii) memupuk tanggungjawab bersama;
(iv) mewujudkan suasana sihat dan cekap;
(v) mengeratkan hubungan sesama kakitangan; dan
(vi) membentuk sikap dan pembawaan yang sesuai dengan Rukun Negara.

Nilai murni yang telah digariskan dalam perkhidmatan awam adalah:

(i) adil dalam pelantikan
(ii) amanah dalam menjalankan tugas;
(iii) bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan;
(iv) ikhlas dalam perkhidmatan awam;
(v) dedikasi dalam perkhidmatan awam;
(vi) telus dalam perkhidmatan awam; dan
(vii) berdisiplin dalam perkhidmatan awam.

Dalam membincangkan persoalan etika dan integriti penjawat awam dalam pendidikan, satu demi satu kejadian salah laku guru terhadap murid kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan masyarakat dan memerlukan tindakan segera serta menyeluruh oleh kerajaan bagi menyekat sindrom ‘cikgu ganas’ ini daripada terus berlaku. Sepanjang bulan Julai 2007, terdapat sekurang-kurangnya enam kejadian mengenai salah laku guru dilaporkan media, termasuk kes guru menghadapi pertuduhan mencabul pelajar, ditahan kerana disyaki menghisap dadah.

manakala Februari lalu seorang guru wanita didakwa mengetuk kepala pelajarnya dengan kasut tumit tinggi. Pada bulan Julai 2007, akhbar Berita Harian telah melaporkan bahawa seorang guru warden wanita Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan, Sibu, telah terbabit merendam 200 pelajar perempuan dalam kolam. Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional, Profesor Madya Mohd Ali Hassan, berkata satu suruhanjaya khas sepatutnya ditubuhkan kerana masalah membabitkan guru tidak boleh dipandang remeh memandangkan perkara ini berkaitan barisan yang membentuk generasi masa depan. Katanya, suruhanjaya itu perlu bertanggungjawab mengkaji segala masalah berkaitan kerjaya perguruan dan pada masa sama menyiasat semua kes yang berlaku bagi mendapat gambaran sebenar, seterusnya mencadangkan jalan penyelesaian.

Menurutnya lagi, banyak faktor mendorong guru bertindak ganas sehingga tergamak mencederakan murid. Faktor paling utama ialah dibelenggu tekanan. Terdapat guru tidak berminat menjadi guru, tetapi terpaksa menjadi guru sehingga mereka melaksanakan tanggungjawab secara sesuka hati. Ada juga guru tertekan kerana gaji dan kemudahan dinikmati tidak setimpal dengan tanggungjawab yang perlu dipikul. Hal ini kerana kebelakangan ini banyak aktiviti atau program yang harus mereka selia dan hadiri di sekolah, sedangkan pada masa sama mereka juga harus menunaikan tanggungjawab lain, terutama menguruskan keluarga sendiri. Apa yang berlaku dikhuatiri mengganggu pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, terutama teras kelima iaitu memartabatkan profesion perguruan. Dalam mengatasi pelbagai masalah etika yang berbangkit dalam pendidikan, beberapa cadangan boleh dikemukakan sebagai kaedah membendung gejala ini daripada berleluasa, temasuklah:

(i) Menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyelidik punca dan mencadangkan penyelesaian kepada salah laku guru di sekolah;
(ii) Memastikan guru-guru yang dilantik untuk memikul tanggungjawab tambahan diberi latihan yang relevan dengan peranan dan tanggungjawab tersebut;
(iii) Memastikan pengagihan tugas yang seimbang dalam kalangan guru;
(iv) Mempelbagaikan latihan ‘kerjaya’ dengan memasukkan aspek psikologi ke dalam latihan, contoh, kursus motivasi, bimbingan kaunseling dan sebagainya; dan
(v) Mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat dan menyeronokkan.

7. Tekanan Kerja / Isu Stres

Dalam memastikan produktiviti dipertingkatkan, sering kali pekerja dibebani dengan tugas dan tanggungjawab tambahan. Pada tahun 2005, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa tahap stres dalam kalangan guru di negara ini semakin menjadi-jadi dan membimbangkan ekoran bebanan tugas yang meningkat. Menurut Presiden NUTP, Ismail Nihat, guru-guru kini terpaksa berhadapan dengan perubahan demi perubahan dalam bidang pendidikan sehingga wujudnya beban yang keterlaluan.

Beliau mengatakan bahawa apabila ada pegawai baru di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri atau di peringkat Kementerian, terdapat banyak idea dan tugasan baru yang harus dipikul oleh guru. Bebanan ini terus berlaku dalam keadaan jumlah guru yang tidak seimbang dengan peningkatan jumlah murid, projek banyak tetapi guru sedikit. Menurut beliau lagi, walaupun kedengaran pelik tetapi semua pihak harus menerima hakikat bahawa masalah yang dihadapi oleh golongan guru menjurus kepada tekanan mental dan emosi berbanding fizikal, seterusnya menjejaskan keupayaan dan kepercayaan mereka terhadap diri sendiri untuk mencapai matlamat melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti.

Selain itu, beliau menggariskan beberapa faktor yang menyebabkan stres dalam kalangan guru iaitu:

(i) Harapan ibu bapa terlalu tinggi kepada guru kerana sering mahukan pencapaian terbaik pelajar.
(ii) Masalah disiplin pelajar yang semakin sukar dikawal termasuk melibatkan keselamatan guru.
(iii) Pelajar-pelajar semakin cerdik berbanding guru ekoran akses pendidikan yang semakin canggih dan meluas.

Selain stres diakibatkan oleh tekanan kerja, para guru juga berhadapan dengan masalah ‘burn out’. Secara perbandingan, masalah burn out ini juga dialami oleh sejumlah besar guru di Switzerland berpunca daripada pelajar dan peningkatan beban kerja pentadbiran. Aduan mereka ini telah menyebabkan Kesatuan Perguruan dan pakar-pakar pendidikan berusaha mencari kaedah untuk menangani situasi tersebut. Menurut Beat Zemp, Ketua Kesatuan Perguruan terbesar di Switzerland, “There is a lot of dissatisfaction among teachers with their profession, especially with the stress in classes and the problems with undisciplined students. Also the duties outside lessons are increasing and have reached a critical level now.” Permasalahan burn out mempunyai petanda-petanda awal seperti berikut:

(i) Keletihan yang kronik – kepenatan, keletihan, perasaan telah digunakan secara fizikal (Chronic fatigue - exhaustion, tiredness, a sense of being physically run down);
(ii) Kemarahan terhadap mereka yang membuat tuntutan (Anger atthose making demands);
(iii) Kritikan kendiri kerana bertahan dengan tuntutan tersebut (Selfcriticism for putting up with the demands);
(iv) Cynicism, negativity, and irritability;
(v) Perasaan dicerobohi (A sense of being besieged);
(vi) ‘Meletup’ dengan mudah terhadap sesuatu perkara (Exploding easily at seemingly inconsequential things);
(vii) Sakit kepala yang kerap dan gangguan gastric (Frequent headaches and gastrointestinal disturbances);
(viii) Kehilangan atau pertambahan berat badan (Weight loss or gain);
(ix) Kekurangan tidur dan kemurungan (Sleeplessness and depression);
(x) Semput (Shortness of breath);
(xi) Prasangka (Suspiciousness);
(xii) Perasaan tidak bermaya (Feelings of helplessness);
(xiii) Peningkatan darjah pengambilan risiko (Increased degree of risk taking)

Tidak dapat dinafikan bahawa permasalahan stres atau burn out berupaya mengakibatkan isu-isu berhubung kait etika dan integriti. Oleh itu, dalam menangani permasalahan stres dan burn out ini, beberapa cadangan yang telah diusulkan boleh diambil kira.

8. Gangguan Seksual

Menurut Persatuan Pergerakan Wanita (Awam) terdapat dua jenis gangguan seksual iaitu dari segi fizikal seperti meraba, memeluk, memegang dan mencubit, dan dari segi pertuturan pula, merangkumi komen atau hinaan berbentuk seksual termasuk bersiul. (Ab. Aziz Yusof. 2006). Menurut Abd Rahim (2003), perbuatan tingkah laku yang dikatakan penyebab gangguan seksual adalah tingkah laku mengganggu, tingkah laku destruktif, tingkah laku agresif, tingkah laku membuli dan tingkah laku jenayah. Tingkah laku yang tidak bermoral ini menyebabkan tekanan mental dan emosi kepada mangsa di tempat kerja. Gangguan seksual di tempat kerja boleh berlaku dalam keadaan golongan yang berjawatan tinggi menunjukkan kekuasaannya dengan melakukan perkara-perkara yang tidak senonoh terhadap pekerja bawahannya.

Tingkah laku ini juga boleh berlaku antara sesama pekerja, suasana dan ancaman ini berlaku bukanlah disebabkan oleh factor pelaku menunjukkan kekuasaannya atau hak mengawal tetapi lebih kepada gangguan yang bersifat lucah dan mangsa benar-benar terganggu akibat daripada tingkah laku tersebut. Namun mangsa harus dapat membezakan antara tingkah laku yang bersifat gurauan dan tingkah laku yang menimbulkan ancaman kerana suasana gurau senda dan usik-mengusik sentiasa berlaku dalam kehidupan harian. Di Malaysia, tiada suatu undang-undang khusus yang mendefinisikan perkataan gangguan seksual di negara ini.

Akta-akta khusus yang memperuntukkan tentang pekerja dan pekerjaan tidak mengandungi peruntukan khas tentang gangguan seksual. Peruntukan yang ada setakat ini hanya meletakkan kesalahan gangguan seksual sebagai satu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan (Ahmad Shamsul Abd Aziz, 2005). Namun di negara ini, Kementerian Sumber Manusia telah mengeluarkan satu kod amalan iaitu Kod Amalan untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja pada tahun 1999 sebagai garis panduan penubuhan, pembentukan dan pelaksanaan satu mekanisme dalaman bagi menangani masalah gangguan seksual di tempat kerja.

Berdasarkan Perkara 4 Kod Amalan ini, gangguan seksual bermakna “sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini dan memberi kesan sebagai satu gangguan sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal:

(i) yang, atas sebab yang munasabah, boleh dianggap oleh penerima (mangsa) sebagai mengenakan syarat berbentuk seksual ke atas pekerjanya: atau
(ii) yang, atas sebab yang munasabah, boleh dianggap oleh penerima (mangsa) sebagai satu pencabulan maruah, atau penghinaan atau ancaman terhadap dirinya tetapi tiada hubungan terus dengan pekerjaannya.”

Perkara 5 pula menyatakan bahawa gangguan seksual boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu, (i) gangguan seksual berbentuk ugutan; dan (ii) gangguan seksual berbentuk ancaman kepada ketenteraman peribadi. Gangguan seksual, selain bercanggah dengan undang-undang, mempunyai implikasi besar ke atas produktiviti sesebuah organisasi seterusnya pembangunan ekonomi negara. Dalam menangani permasalahan gangguan seksual ini, badan-badan tertentu boleh bekerjasama dalam memastikan gangguan seksual dapat dicegah, antaranya, Kesatuan Perguruan, Jabatan Buruh, pihak polis dan mahkamah.

Selain itu setiap organisasi perlu mewujudkan sendiri garis panduan menangani permasalahan seperti ini. Realitinya, gangguan seksual merupakan satu permasalahan organisasi yang mencemarkan imej organisasi tersebut. Namun dalam membendung masalah ini, setiap pekerja organisasi perlu dididik dalam aspek gangguan seksual dan didedahkan kepada Kod Amalan yang telah dihasilkan oleh Kementerian Sumber Manusia. Selain itu, memandangkan Kod Amalan tersebut hanyalah merupakan satu garis panduan dan tiadanya satu undang-undang khusus bagi menangani gejala ini, satu perundangan, contohnya, Akta Gangguan Seksual perlulah digubal.

9. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

Globalisasi, seperti yang telah disentuh sebelum ini menyebabkan wujudnya dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global, konsep perubahan global dan sebagainya (Abd. Rahim, 2005). Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan kemajuan ICT pelu dimanfaatkan untuk mempertingkat memartabatkan bidang keguruan yang sedang mengharungi perubahan dalam abad ke 21 ini. Era globalisasi menuntut negara kita membangunkan sumber manusia yang mempunyai ciri-ciri K-worker, celik dan mahir dalam ICT serta mampu bersaing pada peringkat global.

Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi, pelajar dapat menggunakan internet untuk mengakses pelbagai bahan pembelajaran serta mempelajarinya mengikut keperluan sendiri. Ini bermakna pelajar dan guru dapat mencari maklumat terkini yang tidak terdapat dalam buku. Selain daripada itu dengan adanya kemudahan ICT ini, pelajar dan guru dapat berkongsi maklumat dari serata dunia melalui kaedah forum dalam talian, e-mail, video koferen dan chatting atas talian. Melalui ICT juga pembelajaran boleh berlaku di luar waktu persekolahan di mana pelajar boleh berinteraksi dengan guru dan sesama mereka bila-bila masa sahaja.

Perubahan kaedah pengajaran menggunakan ICT ini bersesuaian dengan kehendak pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia supaya guru mempelbagaikan kaedah pengajaran yang boleh menarik minat pelajar; menggunakan bahan yang sesuai dari internet untuk tujuan pengkayaan; mempelbagaikan teknik penyampaian dalam kelas untuk membolehkan pelajar memahami konsep serta menguasai kemahiran asas dengan lebih berkesan; menggunakan alat bantu mengajar untuk memperjelas sesuatu konsep; mengajar secara konstruktivisme, masteri dan lebih kontekstual serta menarik minat pelajar melalui teknik pengajaran yang pelbagai dan kreatif menggunakan literasi komputer yang interaktif (Lembaga Peperiksaan Malaysia 2002).

Menurut Mohamed Rashid dan Mohd Nasir (2003) yang menyatakan bahawa pada abad ke-21, negara menghadapi cabaran dalaman dan luaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan ICT. Antara cabaran tersebut adalah:

i. Cabaran Dalam Menyediakan Bahan Multimedia

Wiburg (1997) menyatakan bahawa untuk membina, membangun dan mengintegrasi sumber-sumber multimedia agak sukar walaupun mempunyai kemahuan menggunakan teknologi ICT dalam pengajaran, mempunyai kemahiran teknikal tetapi masa dan sumber yang terhad akan terus menjadi penghalang utama dalam dunia digital.

ii. Sikap Negatif Guru

Daripada kajian lepas juga terdapat sebahagian guru yang telah sebati dengan kaedah tradisional dan sukar untuk membuat penyesuaian dengan teknologi instruksional (Becker & Watt, 1996). Ledakan teknologi ICT memberi cabaran baru kepada profesyen guru dan sistem pendidikan teknik dan vokasional yang masih belum mengalami perubahan yang drastik dari segi penggunaan internet, e-learning dan sebagainya. Penggunaan ICT dalam pendidikan teknik dan vokasional telah membuka lembaran baru tentang liberalisasi pembelajaran yang tidak lagi terikat kepada bilik darjah atau bengkel. Kemajuan dan kecanggihan teknologi ICT membolehkan pembelajaran teknikal dibuat secara maya menerusi internet.

iii. Kekurangan Kemahiran

Penggunaan IT mempunyai hubungan yang signifikan dengan pelbagai kecerdasan yang mencorakkan budaya pembelajaran yang tidak lagi terikat kepada pembelajaran konvensional. Kecekapan dan kemahiran komputer dalam pembelajaran merupakan satu keolehan yang dikaitkan dengan kecerdasan, perkembangan kognitif, kreativiti dan inovasi, rekacipta, visual, pembelajaran maya dan sebagainya. Tidak ramai para pendidik yang memanfaatkan internet sebagai satu alternatif yang menyediakan akses kepada pelbagai maklumat yang dapat membantu memantapkan bahan pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, penggunaan pembelajaran ICT di institusi pendidikan teknik dan vokasional terutamanya penggunaan internet masih lagi rendah.

Kajian yang dilakukan oleh Rosli, Zamalia dan Shafiee (2001) menunjukkan tahap penggunaan ICT yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran di kalangan pensyarah UiTM adalah sekitar 30 %. Kajian ini jika diperluaskan di peringkat institusi pendidikan teknik dan vokasional pasti akan memberikan peratusan nilai yang lebih rendah ekoran kekurangan kemudahan dan kemahiran serta anggapan sesetengah guru/pengajar bahawa pembelajaran terutamanya secara maya tidak sesuai untuk pendidikan teknik dan vokasional.

iv. Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan

Satu cabaran penting pendidikan teknik dan vokasional ialah menyediakan kemudahan komputer serta internet untuk semua pelajar. Ini bermakna kemudahan komputer tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja tetapi melibatkan keseluruhan pelajar tanpa mengira status ekonomi, sosial, kaum dan sebagainya. Kemudahan ICT yang terdapat di institusi pendidikan teknik dan vokasional pada masa ini adalah tidak seragam. Ada yang memiliki sambungan kepada internet, ada yang tidak.

Cabaran masa kini dan akan datang dalam institusi pendidikan ialah penyediaan prasarana komputer yang lengkap untuk kaedah pembelajaran dan pengajaran tersebut. Walau bagaimanapun, penyediaan kemudahan mengakses internet sahaja tidak menjamin keberkesanan pembelajaran pengajaran secara on-line. Sikap guru dan pelajar terhadap penggunaan teknologi tersebut perlu dipertimbangkan untuk memastikan keberkesanannya sebagai kaedah pengajaran pembelajaran.

v. Jurang ICT dan Digital

Ketidakseimbangan yang berlaku dalam masyarakat terutama dan segi ekonomi,pendapatan, pendidikan, kemudahan infrastruktur. pemodenan dan sebagainya akan memberi kesan terhadap kemajuan ICT dan digital. Sekolah, dan profesion keguruan di negara ini perlu memainkan peranan yang konstruktif bagi menangani jurang ICT dan digital yang berlaku, terutama di luar bandar dan di kalangan kaum. Sekolah dan profesion keguruan perlu memberikan perhatian serius bagi merapatkan jurang perbezaan ICT dan digital dengan meningkatkan program pendidikan ICT dan memperluaskan peluang menguasai pengetahuan dan kemahiran digital, khususnya di kalangan pelajar miskin dan luar bandar. Lebih banyak peruntukan dan guru-guru yang terlatih dalam bidang ICT dan digital perlu disediakan bagi membantu pelajar dan sekolah melaksanakan misi dan visi membentuk masyarakat IT dan masyarakat digital.

vi. Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi

Pihak sekolah yang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi membiayai berbagai kos penggunaan teknologi maklumat akan kembali kepada pembelajaran konvensional. Kelemahan kepimpinan sekolah yang kurang komited terhadap penggunaan ICT juga boleh menyebabkan sekolah tertinggal dari arus perubahan perdana yang berlaku. Sekolah juga gagal memainkan peranan positif bagi membangunkan pelajar supaya celik komputer, terutama di kawasan luar bandar. Perubahan ini akan memberikan cabaran besar terhadap tenaga pengajar. Mereka perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi.

10. KESIMPULAN

Sumber manusia merupakan aset terpenting dalam sesebuah organisasi. Dalam era globalisasi, persoalan daya saing dan daya tahan sesebuah organisasi menjadi fokus masa kini. Sesungguhnya pengurusan sumber manusia berupaya memastikan kelestarian sesebuah organisasi itu. Namun kepincangan pengurusan sumber manusia telah membangkitkan pelbagai isu. Isu-isu sedia ada dalam pengurusan sumber manusia dalam pendidikan termasuklah isu berhubung kait penilaian prestasi, pemberian insentif, globalisasi pendidikan, teknologi ICT dalam pendidikan, jaminan kualiti pendidikan, proses perekrutan dan pemilihan staf, latihan dan pembangunan staf, serta pembangunan kerjaya staf. Beberapa tahun kebelakangan menyaksikan pelbagai isu pengurusan sumber manusia dalam pendidikan menerima liputan meluas media massa, seperti isu ketidakseimbangan gender dalam pasaran pekerjaan,pelarasan gaji, etika dan integriti, stres dan burn out serta isu kepemimpinan. Dalam industri pendidikan, isu-isu berbangkit ini perlu ditangani secara sistematik dengan penggemblengan usaha pihak-pihak yang berkepentingan (stakeholders).






RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof. 2006. Pengurusan sumber manusia: Konsep, isu dan pelaksanaan. Ed ke-3. Petaling Jaya: Pearson.

Abdul Rahim Rashid. 2003. Gangguan seksual: Pengurusan tingkah laku dan perkembangan gender dalam organisasi. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Abd. Rahim Abd. Rashid. (2005). Profesionalisme Keguruan Prospek dan Cabaran
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Shamsul Abd Aziz. 2005. Undang-undang gangguan seksual

Becker, W.E. & Watts, M. (1996). Chalk and Talk: A National Survey on Teaching
Undergraduate Economics. American Economic Review,

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2002). Laporan Prestasi SPM 2001. (atas talian).
http\\www.lpm.skali.com. (21 Oktober,2005) . 86(2) 448-453.

Rosli Abd. Rahim, Zamalia Mahmud & Shafiee Ahmad. (2001). ICT in Teaching and
Learning Among UiTM Lecturers. International Conference On Challenges and
Prospects in Teachers Education: Shah Alam.