Tuesday, January 17, 2012

Time Sector Privatisation

Time Sector Privatisation (Contoh:Hubungan Erat Antara Institusi MARA dengan Industri)

Isu Time Sector Privatisation (TSP) atau Penswastaan Sektor Masa bukanlah suatu program baru dalam dunia pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia. Ianya telah lama berlegar dalam pemikiran para pelaksana dasar pendidikan dan telahpun dilaksanakan oleh beberapa institusi pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia.

Sistem pendidikan di Malaysia perlu melalui transformasi pendidikan seiring dengan kecanggihan sistem teknologi maklumat yang bergerak pantas dan menjadi satu elemen yang sangat penting dalam menjana pembangunan negara ke arah memperkasakan pendidikan teknikal dan vokasional (PTV). Program TSP ini telah secara meluas dilaksanakan di institusi
pendidikan di Malaysia seperti Politeknik, Akademi Laut Malaysia (ALAM) dan institusi-institusi dan kolej-kolej swasta di dalam mahupun di luar negeri dalam pelbagai bidang.

TSP menggunakan konsep perkongsian pintar (Smart Patnership) di antara satu institusi dengan industri dan pihak luar atau dalam memberi latihan kepada warga kerja berkaitan tugas dan pengetahuan bagi meningkatkan kemahiran tenaga kerja melalui pengkongsian teknologi, kepakaran, maklumat dan pengalaman kerja. Jalinan kerjasama di antara kedua-dua organisasi ini akan memberi pendedahan motivasi dan daya saing bukan sahaja kepada warga kerja yang terlibat malahan juga kepada organisasi itu sendiri. Program TSP juga adalah bertujuan untuk memperluaskan penggunaan kemudahan yang sediaada di sesebuah institusi kepada industri dan masyarakat setempat tanpa menjejaskan masa dan mutu kerja serta secara tidak langsung sebagai usaha mempromosikan intitusi berkenaan kepada pihak luar.
Pada dasarnya program TSP ini dapat dilihat sebagai sesuatu yang wajar dilaksanakan dalam usaha untuk membawa pendidikan teknikal dan vokasional negara ke arah kecemerlangan pendidikan dalam menongkah arus perubahan. Sehingga kini, sebanyak 70 sekolah sekolah menengah vokasional, 9 sekolah menengah teknikal dan 6 politeknik di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia yang dikenalpasti terdapat kemudahan peralatan latihan yang tidak dioptimumkan penggunaannya terutama selepas masa persekolahan seperti petang dan malam hari persekolahan.
Data ini menjurus kepada bidang teknik dan vokasional di mana pihak kerajaan dan institusi pendidikan telah melaburkan berjuta wang dalam penyediaan infrastruktur ke arah memantapkan dan memperkasakan bidang pendidikan dalam mencapai wawasan 2020 dan pendidikan global. Masa, ruang dan peralatan tersebut secara praktiknya boleh dioptimumkan
penggunaannya dengan menyediakan perkhidmatan latihan berkaitan kepada pihak industri dan pihak luar melalui konsep penswastaan (privatisation) di mana yuran yang minimum dikenakan, sekaligus dapat membantu menampung kos selenggaraan dan alatan yang digunakan di dalam
institusi tersebut. Melalui konsep ini, kedua-dua pihak institusi dan industri akan mendapat keuntungan iaitu pihak institusi dapat meningkatkan kadar penggunaan ruang dan peralatan serta menambah dana kewangan manakala pihak industri pula memperolehi masa latihan dan kemudahan seperti yang diperlukan bagi warga kerjanya.

Definisi
Penswastaan Sektor Masa (TSP) adalah satu program kerjasama yang membenarkan pihak industri dan orang awam menggunakan kepakaran dalaman dan juga kemudahan latihan sedia ada dalam institusi ke arah mengoptimumkan sumber. Program TSP ini bertujuan melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir yang berketrampilan dengan menggunakan sumber dalaman yang ada secara menyeluruh dan berkesan serta mengeratkan hubungan dua hala diantara institusi teknikal dan vokasional dengan industri.
Time Sector Privatisation (TSP) represents a programme of co-operation that allows the industrial sector and the public to make use of training facilities in the secondary vocational schools, the secondary technical schools and the polytechnics. It represents a “symbiotic relationship” between the institution and industry and more importantly serve towards strengthening linkages between technical and vocational institutions and industries.

Program Perkembangan
Selain kursus-kursus sepenuh masa, program TSP menawarkan kursus-kursus khas yang dibuka kepada orang awam dan masyarakat setempat bagi menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan komuniti setempat. Melalui program TSP ini, ia dapat membantu komuniti setempat meningkatkan pengetahuan, kemahiran, kompetensi atau mendapatkan pengetahuan/kemahiran baharu yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.

Jenis Program TSP Dalam sektor pendidikan di Malaysia, TSP boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti:

Program Latihan Usahasama

Program-program ini dilaksanakan melalui kerjasama antara institusi dan industri. Industri akan memberi sumbangan yang perlu, melalui bantuan kewangan, peralatan dan bantuan teknikal manakala institusi pula akan menyediakan kemudahan bengkel dan ruang
yang diperlukan. Peserta kursus, tenaga pengajar dan kandungan kursus akan digubal bersama-sama oleh industri dan institusi yang terlibat.

Program Latihan Customised
Program-program latihan ini dilaksanakan mengikut keperluan industri tertentu atau entiti swasta. Tenaga Pengajar terdiri sama ada dari industri atau dari institusi itu. Peserta kursus dari kalangan ahli-ahli kakitangan industri yang dikenal pasti oleh syarikat yang memerlukan kompetensi untuk dibangunkan melalui program-program ini. Kemudahan seperti peralatan asas dan ruang bengkel akan disediakan oleh institusi. Yuran kursus atau sumbangan kewangan akan ditentukan secara bersama oleh kedua-dua industri dan institusi.

Program Latihan Modular
Kursus-kursus yang ditawarkan di bawah program ini adalah kursus yang dirancang oleh institusi di mana kemampuan perlaksanaannya bergantung kepada kemudahan-kemudahan yang ada dan disediakan oleh pihak institusi. Kebiasaannya latihan Modular adalah kursus-kursus
pendek yang mempunyai daya tarikan popular atau permintaan yang tinggi. Peserta kursus dan yuran kursus yang akan ditentukan sendiri oleh institusi.

Program Usahasama dengan pihak industri

Penubuhan Institut Kemahiran MARA (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) di antara beratus institusi latihan di Malaysia adalah bertujuan bagi menggalakkan, membimbing, melatih dan membantu Bumiputra menyertai dengan aktif dan maju dalam kegiatan perdagangan perusahaan kecil dan sederhana ke arah pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputra yang berjaya dan kukuh.
Sepanjang penubuhan IKM dan KKTM ini MARA telah menjalinkan kerjasama dengan
pihak industri bagi memberi latihan yang terbaik kepada pelajarnya.Jalinan kerjasama d iantara MARA dan beberapa organisasi terkemuka Organisation for Industrial, Spiritual and Cultural Advancement (OISCA), Petronas, UMW TOYOTA Motor, TWI, Welding Industry Malaysia Sdn Bhd (WMI), Perbadanan Bekalan Air (PBA) Pulau Pinang, Bousted Heavy Industry Corporation Berhad, Perodua Sdn Bhd, NAZA dan beberapa organisasi lagi.

Usahasama dengan OISCA

Program usahasama MARA dengan badan luar dari Jepun iaitu Organisation for Industrial, Spiritual and Cultural Advancement (OISCA) telah terjalin sejak tahun 1967, ia di kenali
sebagai Program Usahasama MARA-OISCA. Buat masa ini ia menjalankan dua aktiviti
utama iaitu kursus bahasa Jepun dan Program Pembangunan Sumber Manusia (HRD
Program), Kursus Bahasa Jepun beroperasi di Pusat Bahasa MARA yang terletak di
KKTM Beranang dan dikendalikan oleh dua orang pengajar warga Jepun.
Peserta kursus ini terdiri daripada pelajar lepasan IKM, pelajar GiatMARA dan UNIKL. Bagi Program Pembangunan Sumber Manusia (HRD Programme), pelajar akan ditawarkan untuk mengikuti latihan industri di Jepun. Walaubagaimanapun program ini telah di beri nafas baru
apabila MOU di tandatangani di antara Bahagian Kemahiran dan Teknikal pada tahun 1997. Pelajar-pelajar yang mengikuti program ini akan menjalankan latihan industri di Jepun selama tiga tahun. Program ini telah memberi impak yang tinggi dalam meningkatkan kemahiran serta mempelajari teknologi terkini bersesuaian dengan kehendak industri.

Usahasama MARA– PETRONAS

Program usahasama MARA – PETRONAS ini bertujuan bagi melatih lepasan pelajar IKM bagi
memenuhi keperluan tenaga mahir di dalam industri bagi bidang kimpalan paip, petroleum, gas dan petrokimia. Program ini adalah merupakan program lanjutan kimpalan iaitu kimpalan 6G GTAW, SMAW & 6GC yang telah bermula sejak 1992 di IKM Jasin. Program ini telah berkembang di beberapa buah IKM lagi seperti di IKM Sungai Petani, IKM TYSA Pekan dan IKM Kota Kinabalu. Program ini diperkenalkan juga bertujuan bagi meningkatkan kualiti pelajar dalam jurusan kimpalan agar mencapai piawai industri dan menambah bilangan tenaga nahir serta memberi pendedahan yang luas dalam bidang kimpalan TIG, SMAW dan SMAW/GTAW untuk Carbon Steel. Tempoh latihan bagi program ini adalah selama tiga bulan dan dikendalikan oleh pengajar-pengajar IKM sendiri.

Usahasama MARA – TWI

TWI merupakan sebuah organisasi latihan yang terbesar di dunia dalam kimpalan, welding
inspection dan non-destructive testing. TWI menyediakan perkhidmatan latihan dan peperiksaan melalui rangkaian pejabat dan pusat latihan dan agen-agen seluruh dunia. Bagi kawasan Asia Tenggara pusat operasinya terletak di Sungai Buluh, Selangor dan ia merupakan pusat pentauliahan CSWIP iaitu sijil yang di ikhtiraf seluruh dunia
Sektor industri masakini yang sedang berkembang memerlukan pekerja-pekerja pakar dan
mahir dalam bidang kimpalan adalah tinggi. Bagi memenuhi keperluan industri ini MARA telah mengambil langkah untuk menambah nilai kemahiran dan kepakaran pelajar-pelajarnya dalam bidang kimpalan ini. Usahasama yang dijalankan dengan pihak TWI membo di sector industrilehkan pelajar-pelajar IKM mendapat sijil 3.0 Visual Welding Inspector dan CSWIP 3.1 Welding Inspector seterusnya berpeluang menjawat jawatan Pembantu Inspector Kimpalan atau penyelia kawalan Kualiti di sector industri.
Kursus bagi mendapat sijil CSWIP 3.0 Visual Welding Inspector dijalankan semasa
pelajar-pelajar IKM di semester tiga dan mengambil masa selama tiga hari meliputi pengajaran teori dan amali. Pelajar-pelajar juga perlu menduduki peperiksaan di akhir kursus tersebut.

Program Usahasama MARA – UMW TOYOTA

MARA merupakan organisasi pertama di Asia Tenggara terpilih dalam program TOYOTA Knowledge Development Centre (TKTD dan ianya terjalin pada 7hb Mac 1991. Usahasama ini merangkumi latihan tenaga pengajar, sumbangan alat latihan, manual latihan dan penempatan latihan industri pelajar IKM di TOYOTA. Tujuan utama usahasama ini adalah bagi membangunkan modal insan yang berkemahiran tinggi selari dengan perubahan teknologi masa kini. Sehingga kini pihak TOYOTA telah pun memberi latihan kepada tenaga pengajar IKM yang terlibat dalamprogram Automotif di IKM. Tiga buah IKM yang terlibat dalam program ini adalah IKM Jasin, IKM Lumut dan IKM Kuching.

Program Usahasama MARA – PBA Pulau Pinang

MARA dalam usaha memberi latihan, bimbingan dan memberi pendedahan serta amenyediakan nilai tambah dalam persijilan IKM dalam bidang bekalan air dan pembetongan telah mengadakan usahasama dengan PBA Resources Sdn Bhd (PBAR) yang merupakan anak syarikat Perbadanan Bekalan Air, Pulau Pinang sdn Bhd (PBAPP). Program Usahasama MARA-PBA ini telah di tandatangani pada 18 Januari 2010. Pihak PBA telah bersetuju menawarkan kepada MARA latihan kemahiran dalam bidang pengurusan bekalan air kepada pelajar dan pengajar merangkumi aspek-aspek berikut:
i) Teknologi Rawatan Air
ii) Teknologi Agihan Air
iii) Instrumentasi Bekalan Air.
iv) pengurusan Kualiti

Kerjasama antara MARA dengan PBA Resource Sdn Bhd ini juga bertujuan melahirkan lebih ramai golongan bumiputra yang mahir dalam bidang kejuruteraan air. Piahak MARA
akan mrnggunakan sepenuhnya kepakaran pihak PBAR yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam pengurusan air.

Program Luar Institut bersama konsultan dan industri

Di dalam Transformasi Sektor Keusahawanan MARA, objektifnya adalah untuk membangunkan usahawan berjaya dan berinovatif. Transformasi Sektor Keusahawan adalah pemacu ke arah melahirkan usahawan baru, memperkasakan usahawan sedia ada dan membangun enterprise, inisiatif ini direalisasikan melalui pendekatan bersepadu dengan memberi tumpuan kepada
pembangunan usahawan, pengwujudan peluang perniagaan, penyediaan premis perniagaan dan penyediaan modal.
Program luar institut merupakan salah satu usaha MARA dalam melatih usahawan baru
dikalangan bumiputera. MARA telah menjalankan kursus jangka pendek dengan mengadakan jalinan kerjasama dengan konsultan atau pihak industri yang bertindak sebagai pengendali kursus. Kursus-kursus yang dijalankan lebih tertumpu kepada kemahiran tambahan sebagai persediaan kepada peserta kursus untuk membuka perniagaan sendiri. Pada awalnya kursus ini hanya di beri kepada lepasan IKM sahaja tetapi telah diperluaskan kepada masyarakat luar.
Kursus-kursus ini juga dijalankan berdasarkan keperluan semasa dan dianjurkan bersama pengendali yang berbeza setiap tahun. Secara tidak langsung program ini turut mempeluaskan lagi rangkaian kerjasama MARA dengan pihak industri.

Sejarah PTV Sebelum, Semasa dan Selepas Inggeris DI Malaysia

SEBELUM KEDATANGAN INGGERIS

Sistem pendidikan adalah bercorak sekolah pondok. Para guru terdiri daripada para imam dan sistem abjad yang digunakan adalah tulisan arab. Pengajian utama adalah berkenaan agama islam. Para pelajar mendapat latihankemahiran dengan membantu kerja-kerja membantu guru dikebun, bertukang dan bersawah.

SEMASA KEDATANGAN INGGERIS

Sekolah Vernakular(1786-1941)
Sekolah vernakular melayu ditubuhkan bagi mengiringi sekolah vernakular cina dan india. Bondell dan DYMM Temenggong Johor telah menubuhkan 2 buah sekolah vernakular melayu di Singapore. Sekolah jenis ini tidak mendapat sambutan di Pulau Pinang dan Melaka kerana ketiadaan penawaran kursus pendidikan Islam.

Sekolah Vokasional(6/2/1816)
Sekolah ini dijalankan di bawah nama Penang Free School.Sekolah ini menawarkan latiha PTV dengan memfokuskan dalam bidang ketukangan besi, kayu, kasut dan penjilid buku.

Sekolah Streacher Tread (1905)
Ditubuhkan bagi menyediakan pegawai rendah untuk Jabatan Kerja Raya dan Keretapi Tanah Melayu

Sekolah Teknik
Ditubuhkan pada tahun 1918 oleh jawatankuasa Lemon.Menumpukan ke dalam bidang mekanikal, elektrikal dan ukur bahan. Tumpuan adalah untuk membekalkan pekerja kpd jabatan kerjaraya dan keretapi tanah melayu.

Sekolah ketukangan
Ditubuhkan pada tahun 1918 dengan dicadangkan oleh Bahagian Pelajaran Teknik dan Perindustrian. Ia menumpukan kepada bidang kejuruteraan awam. Pada tahun 1926 sekolah ketukangan pertama telah ditubuhkan di kuala lumpur.

Sekolah Pertanian.
Ditubuhkan pada tahun 1931 di serdang selangor bagi menumpukan bidang pertanian

Maktab Teknik
Ditubuhkan pada 1941 bagi menggantikan sekolah teknik. Ia mengambil pelajar vernikular melayu dan india sebagai pelajar bagi menjadi pengajar dalam bidang PTV di sekolah2 kerajaan.

Kolej Pertanian
Ditubuhkan pada 1946 bagi menggantikan sekolah pertanian

SELEPAS KEDATANGAN INGGERIS

Laporan Razak pada 1956 telah menyatakan bahawa sekolah teknik, maktab teknik dan sekolah ketukangan adalah asas kepada perpaduan nasional. Pada tahun 1957, 3 buah sekolah Junior tread School telah ditubuhkan.

Namun begitu, pada tahun 1960 selepas perjanjian Colombo sekolah ketukangan telah dimansuhkan dengan menggantikannya dengan sekolah lanjutan. Sekolah ini menggunakan tenaga pengajar dari Australia, New Zealand dan Kanada.

Pelajar sekolah ini adalah daripada pelajar yang terkandas dalam Malayan secondry School Exrance Examination. Kurikulum sekolah ini lebih menjurus kepada kemahiran dalam perusahaan.

Pada tahun 1964, Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional telah ditubuhkan Pada tahun 1965, sekolah Lanjutan telah digantikan dengan sekolah komprehensif yang mana kurikulum PTV telah mula diserapkan oleh bahagian Teknik dan Vokasional kepada sekolah menengah rendah. Pada tahun 1968, sekolah vokasional pertama telah ditubuhkan. Pada tahun 1969, politeknik pertama ditubuhkan

Pada tahun 1972, UPM ditubuhkan menggantikan Kolej Pertanian dan UTM juga ditubuhkan menggantikan Maktab Teknik.Pada tahun 1996, sekolah vokasional telah dinaik taraf kepada sekolah teknik. Pada 6 februari 2012 bertempat di GMI, sekolah vokasional
dinaik taraf menjadi Kolej Vokasional.