Thursday, August 18, 2011


BAB 1
PENGENALAN - CIRI, PERSPEKTIF PEMIKIRAN DAN TEORI PENGURUSAN ORGANISASI


1.1 Pengenalan

Pengurusan Organisasi adalah merupakan perkara penting dalam dunia moden. Organisasi berkembang dari segi saiz dan pengaruhnya yang mana boleh dilihat didalam organisasi kerajaan dan swasta. Gerakan manusia hari ini dikawal oleh kehendak organisasi. Keberkesanan organisasi dapat mengerakkan ekonomi negara dan kecekapan agensi kerajaan. Peter Drucker (1968) yang banyak menulis berkenaan pengurusan organisasi menyatakan bahawa masyarakat moden adalah masyarakat organisasi. Kajian secara mendalam tentang organisasi bermula pada abad ke-20 yang mana organisasi diwujudkan untuk memberi keselesaan kepada manusia, namun kadangkala ianya mendatangkan kerumitan untuk memahami organisasi contohnya struktur dan peraturan baru seringkali diubahsuai dan digubal selaras dengan aspirasi, kehendak dan minat ahli namun ahli sukar untuk memahaminya.

1.2 Ciri Organisasi

Setiap kali pemikiran baru dikemukakan untuk menyelesaikan masalah organisasi, timbul pula reaksi yang memberi tafsiran serta pandangan alternatif yang bertentangan dengannya. Perbezaan ini timbul kerana organisasi adalah dinamik dan sering berubah. Terdapat 4 ciri organisasi iaitu organisasi yang merumitkan, menghairankan, mengelirukan, dan mengaburkan.


1.2.1 Organisasi yang merumitkan
Kerumitan timbul kerana manusia merupakan ahli-ahli dalam organisasi dan pemikiran manusia agak kompleks untuk diterokai. Kebolehan kita meramal kelakuan dan gelagat manusia yang kompleks dalam organisasi adalah terbatas. Interaksi secara individu atau kumpulan dalam organisasi seringkali berlaku dalam situasi yang menyulitkan. Contohnya seorang pekerja yang hendak berjumpa dengan pengurus besar perlu membuat temujanji untuk bertemu dan perlu mendapat jawapan dari setiausaha pengurus besar berkenaan terlebih dahulu tetapi pekerja tadi boleh berhubung terus dengan mandurnya tanpa temujanji. Situasi pertama adalah satu kerumitan walaupun kedua-dua untuk menyelesaikan masalah kerjanya.

1.2.2 Organisasi yang menghairankan

Organisasi penuh dengan kehairanan kerana pergerakan dan perkembangannya amat sukar diramalkan. Ramai pengurus yang mempunyai anggapan bahawa sesuatu pembaharuan yang dilakukan dalam organisasi adalah bertujuan untuk memperbaiki keadaan atau mengurangkan masalah yang dihadapi. Namun begitu kadangkala pembaharuan yang dilakukan itu menyulitkan dan memburukkan keadaan lagi. Sebaliknya masalah itu jika dibiarkan tanpa penyelesaian ia boleh menjadi baik dengan sendirinya. Sebagai contoh reaksi organisasi diibaratkan seperti menghalakan sebiji bola ke dalam satu kumpulan bola dalam permainan billiard, bola-bola itu berselerak tanpa haluan apabila tersentuh.

1.2.3 Organisasi yang mengelirukan
Seringkali dalam organisasi berlaku perbezaan antara teori pemikiran, iaitu apa yang hendak dilakukan dengan teori pembuatan, iaitu apa yang sebenarnya berlaku (Argyris dan Schon, 1978). Untuk menerangkan tentang ciri organisasi begini, contoh yang paling mudah yang boleh digunakan ialah ramai guru sekolah berpendapat bahawa pembaharuan yang hendak dilakukan oleh pengetua sekolah tidak berfaedah dan membazirkan tenaga. Walaupun ramai yang tidak bersetuju namun mereka tidak membantah. Reaksi ini disebabkan oleh:-

i. Tidak mahu menyinggung perasaan pengetua,
ii. Mereka sedar pengetua mereka degil dan tidak akan mendengar pendapat mereka,
iii. Mereka akan diambil tindakan oleh pengetua mereka jika membantah.

1.2.4 Organisasi yang mengaburkan
Ramai pihak yang kabur terhadap apa yang berlaku dalam sesuatu organisasi. Walaupun mereka mengetahui fungsi dan peranan organisasi itu, tetapi mereka tidak jelas apa yang berlaku didalamnya dari segi proses dan aktivitinya. Contohnya mereka tahu MARA diwujudkan untuk membantu Bumiputera, tetapi mereka tidak tahu apa aktiviti yang dilakukan oleh MARA. Kekaburan ini boleh berpunca daripada beberapa faktor iaitu :-

i. Maklumat berkenaan organisasi agak terbatas atau kabur pada pandangan umum.
ii. Organisasi menyimpan atau merahsiakan maklumat untuk tujuan tertentu, seperti mengelakkan pertelingkahan atau konflik. Contohnya ada firma tidak memaklumkan keuntungan kepada pekerjanya untuk mengelakkan tuntutan kenaikan gaji.
iii. Proses membuat keputusan, teknologi, masa dan peraturan kerja adalah terlampau kompleks, berbagai-bagai dan tidak selaras dalam kebanyakan organisasi sehingga tidak menarik minat orang ramai untuk mengetahuinya.

1.3 Perspektif Pemikiran Untuk Memahami Organisasi
Perkara-perkara yang berlaku dalam organisasi dapat dilihat dari pelbagai sudut perspektif pemikiran. Kepelbagaian perspektif pemikiran diperlukan untuk memberi alternatif dan opsyen secara sepintas lalu serta untuk menganalisis atau mentafsir masalah pengurusan organisasi. Perkara penting dalam memahami masalah organisasi ialah samada tafsiran yang diberi adalah rasional berdasarkan kepada keadaan masa, tempat dan situasi dimana wujudnya masalah tersebut. Bolman dan Deal (1984) menyatakan tentang betapa pentingnya perspektif sebagai asas untuk memahami masalah organisasi. Manusia memberikan tafsiran yang berbeza disebabkan beberapa perkara:-

i. Perbezaan fizikal seperti pekak, bisu atau buta.
ii. Perbezaan kehendak dan kemahuan seperti keseronokan, cabaran, kemewahan atau keselesaan.
iii. Perbezaan jangkaan seperti terlampau optimis atau pesimis.
iv. Perbezaan taraf atau kedudukan. Seorang ketua akan mentafsir sesuatu tunjuk perasaan sebagai penentangan manakala pekerja melihat sikap ketua sebagai mementingkan kuasa.
Tanggapan yang timbul akan kekal dan mempengaruhi kita. Sebagai contoh, seseorang yang baru selesai menghadiri sesuatu mesyuarat akan mempunyai tanggapan yang berbeza berbanding dengan peserta mesyuarat yang lain. Mereka akan terpengaruh dengan teori masing-masing berkenaan mesyuarat tersebut dengan mempertahankan kebenaran pandangan masing-masing. Manusia mempunyai pelbagai perspektif dan cara pemikiran untuk menyelesaikan masalah dalam organisasi. Keadaan perspektif pemikiran yang berbeza semasa memahami masalah organisasi merupakan faktor utama dalam melahirkan pelbagai teori pengurusan. Bolman dan Deal (1984) menyatakan bahawa perbezaan tafsiran dalam memahami masalah organisasi lahir daripada tiga (3) perspektif pemikiran, iaitu berasaskan personaliti, rasional dan kuasa.
1.3.1 Perspektif pemikiran berasaskan personaliti
Perspektif pemikiran berasaskan personaliti menerangkan bahawa sesuatu yang berlaku dalam organisasi berpunca daripada perwatakan manusia itu sendiri. Perkara yang berlaku dalam sesebuah organisasi kebiasaannya disebabkan oleh personaliti serta sikap individu itu sendiri. Individu bertindak sedemikian kerana ia mahukan sesuatu berdasarkan kehendak, perasaan, fikiran dan kemampuan atau ketidakmampuan dirinya sendiri.

1.3.2 Perspektif pemikiran berasaskan rasional
Manusia seharusnya berkelakuan rasional dalam organisasi. Masalah berlaku disebabkan manusia bertindak secara tidak rasional. Tindakan yang tidak rasional itu disebabkan mereka menghadapi kekurangan maklumat atau tidak memahami apa sebenarnya yang perlu dilakukan. Masalah ini boleh diselesaikan dengan :-

i. menentukan jadual tugas.
ii. mengadakan peraturan .
iii. mengadakan penyeliaan yang rapi.
Organisasi memerlukan seorang pengurus yang rasional untuk bersama-sama dengan orang bawahannya menganalisis masalah, situasi dan fakta sebelum membuat sesuatu keputusan.

1.3.3 Perspektif pemikiran berasaskan kuasa
Masalah yang timbul di organisasi selalu dikaitkan dengan :-

i. Pengurusan organisasi dipengaruhi oleh siapa yang berada di atas (pengurus).
ii. Penggunaan kuasa dipengaruhi oleh pengurus.
Ini dapat dijelaskan dengan mengambil contoh seorang Pengurus A berkehendakkan kuasa untuk menunjukkan beliau pengurus yang cekap dan sebaliknya bagi Pengurus B, beliau meluaskan kuasa dan pengaruhnya untuk mengekalkan kuasanya.

Ketiga-tiga perspektif ini (personaliti, rasional dan kuasa) bertujuan untuk menganalisa fenomena yang berlaku dalam organisasi. Tiap-tiap perspektif ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri disamping terdapat juga batasannya. Perspektif pemikiran yang berbeza bukan sahaja dialami oleh organisasi, tetapi juga melibatkan teori pemikiran dan ilmu-ilmu lain. Secara umumnya terdapat kekurangan dan batasan terhadap ketiga-tiga perspektif pemikiran ini.

i. Perspektif PersonalitI
Sikap autokratik dan demokratik mempunyai keputusan atau tindakan yang sama. Cara diagnosis-kelemahan organisasi berpunca daripada kelemahan personaliti pengurus. Tindakan yang dibuat ialah :-
a. Memberhentikan pengurus tersebut tetapi masalah yang timbul mungkin pengurus terbabit akan mengambil tindakan undang-undang terhadap organisasi
b. Memperbaiki personalitinya tetapi masalah yang timbul mungkin melibatkan kos dan masa yang lama serta keberkesanannya yang belum pasti.
ii. Perspektif Rasional
Ia digunakan untuk menganalisis masalah organisasi. Perspektif ini boleh menerangkan bagaimana organisasi diuruskan, tetapi kelemahannya ialah untuk menerangkan mengapa perspektif ini tidak baik. Ini menggambarkan bahawa perspektif pemikiran rasional ini kuat dari segi bagaimana, tetapi lemah dari segi mengapa.

iii. Perspektif Kuasa
Perspektif ini sangat sesuai bagi mencari jawapan mengapa situasi terjadi demikian dan boleh menerangkan konflik yang berlaku tetapi kelemahannya ia tidak boleh menerangkan bagaimana konflik dapat dielakkan.

Teori pengurusan saintifik oleh F.W. Taylor (1911) atau birokrasi oleh Max Weber (1947) melahirkan satu generasi pengurus yang percaya bahawa organisasi dapat diperkukuhkan dengan tindakan rasional seperti pengukuhan struktur melalui hierarki kawalan dan peraturan. Roethlisberger (1947) telah mengubah pemikiran terhadap amalan pengurusan sama sekali. Aspek perhubungan manusia telah menjadi pegangan ramai pengurus organisasi. Dengan perkembangan teknologi komputer dan sistem maklumat sekitar tahun 1960-an dan 1970-an maka lahir pula teori sistem. Perkembangan ini telah melahirkan satu generasi pengurus yang mengamalkan model sistem terbuka (Katz dan Kahn,1978) dan model sibernatik (Von Bertalanffy,1949).

Perkembangan pelbagai perspektif pemikiran berkenaan pengurusan organisasi bertujuan mencari jawapan kepada ciri-ciri aneh yang terdapat dalam organisasi. Pandangan kita terhadap pengurusan organisasi perlu diperluaskan dengan pelbagai perspektif pemikiran kerana apa yang berlaku dalam organisasi tidak dapat disoroti melalui satu perspektif sahaja. Tiap-tiap perspektif pemikiran ini dapat memberi gambaran kecil sahaja tentang apa yang sebenarnya yang berlaku dalam organisasi. Sebagai pengurus atau pekerja dalam organisasi, pemikiran seseorang itu perlu diperkukuhkan oleh teori yang luas untuk mengetahui organisasi secara mendalam. Dunia pengurusan organisasi, baik dalam sektor awam ataupun sektor swasta dipenuhi dengan kerumitan, kekaburan, perbezaan nilai, tekanan politik dan pelbagai kumpulan.

1.4 Teori Organisasi
Kefahaman tentang teori organisasi amat penting untuk mendapatkan pengetahuan tentang bagaimana sesuatu organisasi itu berfungsi, bagaimana seseorang individu bertindak, adakah tindakan individu tersebut dilihat secara positif atau diluar jangkaan (negatif). Ini bermakna pencapaian matlamat ditentukan oleh keberkesanan organisasi .Pengetahuan dan penggunaan teori organisasi penting untuk :-

i. Memberi panduan kepada individu untuk menapis maklumat yang penting atau sebalik.
ii. Menyatukan semua maklumat ini menjadi satu konsep dalam pemikiran untuk bertindakbalas.

Menurut Bolman & Deal (1984,15), manusia secara lazimnya memerlukan masa yang panjang untuk memiliki suatu tanggapan yang baik, tetapi agak terhad dalam jangka masa pendek. Manusia tidak mungkin mengawal banyak maklumat secara sekaligus dan tidak dapat memahami sesuatu dalam jangka masa pendek. Untuk itu setiap pengurus perlu mempunyai pengetahuan tentang teori organisasi yang mana pengetahuan tentang teori pengurusan akan membantu pengurus memahami, melihat dan bertindak untuk memastikan kecekapan organasisi tidak menurun. Terdapat 4 teori pemikiran organisasi iaitu :-

1.4.1 Teori pemikiran rasional dan struktur
Teori ini tertumpu kepada matlamat, peranan dan teknologi untuk mencari jawapan kepada persoalan di dalam organisasi. Organisasi dilihat akan berkembang jika struktur organisasi di bentuk berdasarkan kesesuaian suasana serta hasrat pengurusan. Pengurus perlu membahagikan tugas dan tanggungjawab kepada ahli melalui penyataan dasar, peraturan dan hirarki untuk membolehkan aktiviti diselaraskan. Masalah timbul jika struktur sedia ada tidak sesuai dengan suasana aktiviti maka kajian dan rombakan struktur perlu dilakukan. Dengan mengambil contoh perlaksanaan tanggungjawab Pegawai Perhubungan Industri dan Ko-Kurikulum di IKM/KKTM adalah bercanggah jika dilihat pada struktur organisasi dengan realiti perlaksanaannya.

1.4.2 Teori pemikiran perhubungan manusia
Teori ini tertumpu kepada perhubungan manusia. Cara mengurus organisasi ialah dengan menghubungkan atau menggabungkan kepakaran, kehendak dan nilai seseorang dengan kehendak , peranan dan peraturan berkumpulan. Setiap ahli organisasi mempunyai perasaan, kehendak, prasangka, mempunyai potensi untuk maju. Walaubagaimana pun sebahagian dari ahli organisasi masih mempertahankan cara dan tradisi yang lama. Strategi yang paling baik ialah menyesuaikan kehendak organisasi dengan kehendak ahli dimana organisasi akan menghadapi masalah jika ahli berasa terabai sebagai contoh hak ahli untuk bersuara dinafikan oleh pengurus.

1.4.3 Teori pemikiran politik
Menurut teori ini, masalah dalam organisasi dikatakan berpunca dari kuasa, konflik dan persaingan untuk mendapatkan sumber. Pengurus perlu mengetahui bagaimana mengurus kuasa, menjalinkan hubungan/gabungan, menjalankan rundingan, menyelesaikan konflik. Sumber yang terhad akan menyebabkan wujudnya kelompok/kumpulan yang bangkit untuk menjaga kepentingan kuasa mereka sendiri. Konflik terjadi jika ahli beranggapan berlaku ketidakadilan dalam pembahagian kuasa dan sumber.

1.4.4 Teori pemikiran simbolik
Menurut teori ini, simbol dan makna boleh meningkatkan kecekapan dan keberkesanan organisasi. Kemantapan organisasi adalah bergantung kepada simbol, wira, mitos yang dicipta. Perpaduan, nilai dan budaya kerja seperti perhimpunan , nyanyian, hari keluarga, tradisi merupakan antara aktiviti yang diamalkan bagi membantu untuk mencapai matlamat organisasi. Oleh itu , teori ini menolak konsep pemikiran rasional. Namun begitu masalah boleh wujud apabila simbol tidak membawa makna dan tradisi atau amal cara menjadi perkara biasa serta tidak dihayati oleh pekerja.

1.5 Kesimpulan
Empat kumpulan teori dan pemikiran yang diterangkan mempunyai pandangan yang tersendiri. Seringkali pengurus memberi diagnosis terhadap kelemahan dalam organisasi hanya berdasarkan satu sudut pandangan sahaja yang terbatas kepada pengalaman individu, kumpulan atau situasi. Walaupun teori rasional yang diasaskan oleh Max Weber dan Frederick Taylor adalah yang paling awal, namun teori pemikiran rasional dan struktur masih diamalkan lagi sehingga kini. Terdapat juga percantuman pemikiran antara keempat-empat teori tersebut. Misalnya, dalam kumpulan teori sistem rasional yang menumpukan pengukuhan struktur yang menitikberatkan faktor-faktor kemanusiaan apabila mengolah masalah pengurusan organisasi, seperti Robert Merton (1952). Pemahaman terhadap masalah organisasi tidak perlu dihadkan kepada satu set teori sahaja. Ini adalah kerana setiap manusia melihat sesuatu masalah dari sudut pemikiran mereka yang tersendiri. Perbezaan tanggapan inilah jika sekiranya tidak dikawal akan menyebabkan timbulnya konflik dalam organisasi yang akan merencatkan pencapaian matlamat organisasi. Pengurus yang memiliki pengetahuan tentang teori organisasi, akan dapat memahami, melihat, menganalisis sesuatu masalah seterusnya dapat merancang, menentukan dan mengambil tindakan yang tepat untuk mengatasi masalah tersebut.











SOALAN DAN JAWAPAN

SOALAN 1

Lahirnya teori pengurusan adalah hasil dari pelbagai perspektif dan cara pemikiran dalam menyelesaikan masalah yang timbul dalam sesebuah organisasi. Manusia mempunyai tanggapan dan pemikiran yang berbeza untuk memahami masalah organisasi. Jelaskan perbezaan antara perspektif pemikiran berasaskan rasional, personaliti dan kuasa.

JAWAPAN 1

Ketiga-tiga perspektif pemikiran berasaskan rasional, personaliti dan kuasa bertujuan untuk menganalisa fenomena yang berlaku dalam organisasi. Tiap-tiap perspektif ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri disamping terdapat juga batasannya. Perspektif pemikiran yang berbeza bukan sahaja dialami oleh organisasi, tetapi juga melibatkan teori pemikiran dan ilmu-ilmu lain. Secara umumnya terdapat kekurangan dan batasan terhadap ketiga-tiga perspektif pemikiran ini.

1. Perspektif pemikiran berasaskan rasional
Manusia seharusnya berkelakuan rasional dalam organisasi. Masalah berlaku disebabkan manusia bertindak secara tidak rasional. Tindakan yang tidak rasional itu disebabkan mereka menghadapi kekurangan maklumat atau tidak memahami apa sebenarnya yang perlu dilakukan. Masalah ini boleh diselesaikan dengan :-

i. menentukan jadual tugas.
ii. mengadakan peraturan .
iii. mengadakan penyeliaan yang rapi.

Organisasi memerlukan seorang pengurus yang rasional untuk bersama-sama dengan orang bawahannya menganalisis masalah, situasi dan fakta sebelum membuat sesuatu keputusan. Ia digunakan untuk menganalisis masalah organisasi. Perspektif ini boleh menerangkan bagaimana organisasi diuruskan, tetapi kelemahannya ialah untuk menerangkan mengapa perspektif ini tidak baik. Ini menggambarkan bahawa perspektif pemikiran rasional ini kuat dari segi bagaimana, tetapi lemah dari segi mengapa.

2. Perspektif pemikiran berasaskan personaliti

Perspektif pemikiran berasaskan personaliti menerangkan bahawa sesuatu yang berlaku dalam organisasi berpunca daripada perwatakan manusia itu sendiri. Perkara yang berlaku dalam sesebuah organisasi kebiasaannya disebabkan oleh personaliti serta sikap individu itu sendiri. Individu bertindak sedemikian kerana ia mahukan sesuatu berdasarkan kehendak, perasaan, fikiran dan kemampuan atau ketidakmampuan dirinya sendiri. Sikap autokratik dan demokratik mempunyai keputusan atau tindakan yang sama. Cara diagnosis-kelemahan organisasi berpunca daripada kelemahan personaliti pengurus. Tindakan yang dibuat ialah :-

i. Memberhentikan pengurus tersebut tetapi masalah yang timbul mungkin pengurus terbabit akan mengambil tindakan undang-undang terhadap organisasi
ii. Memperbaiki personalitinya tetapi masalah yang timbul mungkin melibatkan kos dan masa yang lama serta keberkesanannya yang belum pasti.




3. Perspektif pemikiran berasaskan kuasa
Masalah yang timbul di organisasi selalu dikaitkan dengan :-

i. Penggunaan kuasa dipengaruhi oleh pengurus.
ii. Pengurusan organisasi dipengaruhi oleh siapa yang berada di atas (pengurus).

Ini dapat dijelaskan dengan mengambil contoh seorang Pengurus A berkehendakkan kuasa untuk menunjukkan beliau pengurus yang cekap dan sebaliknya bagi Pengurus B, beliau meluaskan kuasa dan pengaruhnya untuk mengekalkan kuasanya. Perspektif ini sangat sesuai bagi mencari jawapan mengapa situasi terjadi demikian dan boleh menerangkan konflik yang berlaku tetapi kelemahannya ia tidak boleh menerangkan bagaimana konflik dapat dielakkan.

SOALAN 2

Keterbatasan dalam pemikiran tidak membolehkan seseorang pengurus memahami sesuatu masalah yang timbul dalam organisasi dalam jangka masa yang singkat. Untuk mengatasi masalah tersebut, pengetahuan tentang teori organisasi amat diperlukan. Jelaskan empat (4) teori pemikiran organisasi yang perlu dimiliki oleh setiap pengurus yang mana ia boleh akan membantu pengurus untuk memahami, melihat dan bertindak bagi memastikan kecekapan organasisi tidak menurun.

JAWAPAN 2

1. Teori pemikiran rasional dan struktur
Teori ini tertumpu kepada matlamat, peranan dan teknologi untuk mencari jawapan kepada persoalan di dalam organisasi. Organisasi dilihat akan berkembang jika struktur organisasi di bentuk berdasarkan kesesuaian suasana serta hasrat pengurusan. Pengurus perlu membahagikan tugas dan tanggungjawab kepada ahli melalui penyataan dasar, peraturan dan hirarki untuk membolehkan aktiviti diselaraskan. Masalah timbul jika struktur sedia ada tidak sesuai dengan suasana aktiviti maka kajian dan rombakan struktur perlu dilakukan. Dengan mengambil contoh perlaksanaan tanggungjawab Pegawai Perhubungan Industri dan Ko-Kurikulum di IKM/KKTM adalah bercanggah jika dilihat pada struktur organisasi dengan realiti perlaksanaannya.

2. Teori pemikiran perhubungan manusia
Teori ini tertumpu kepada perhubungan manusia. Cara mengurus organisasi ialah dengan menghubungkan atau menggabungkan kepakaran, kehendak dan nilai seseorang dengan kehendak , peranan dan peraturan berkumpulan. Setiap ahli organisasi mempunyai perasaan, kehendak, prasangka, mempunyai potensi untuk maju. Walaubagaimana pun sebahagian dari ahli organisasi masih mempertahankan cara dan tradisi yang lama. Strategi yang paling baik ialah menyesuaikan kehendak organisasi dengan kehendak ahli dimana organisasi akan menghadapi masalah jika ahli berasa terabai sebagai contoh hak ahli untuk bersuara dinafikan oleh pengurus.

3. Teori pemikiran politik
Menurut teori ini, masalah dalam organisasi dikatakan berpunca dari kuasa, konflik dan persaingan untuk mendapatkan sumber. Pengurus perlu mengetahui bagaimana mengurus kuasa, menjalinkan hubungan/gabungan, menjalankan rundingan, menyelesaikan konflik. Sumber yang terhad akan menyebabkan wujudnya kelompok/kumpulan yang bangkit untuk menjaga kepentingan kuasa mereka sendiri. Konflik terjadi jika ahli beranggapan berlaku ketidakadilan dalam pembahagian kuasa dan sumber.



4. Teori pemikiran simbolik
Menurut teori ini, simbol dan makna boleh meningkatkan kecekapan dan keberkesanan organisasi. Kemantapan organisasi adalah bergantung kepada simbol, wira, mitos yang dicipta. Perpaduan, nilai dan budaya kerja seperti perhimpunan , nyanyian, hari keluarga, tradisi merupakan antara aktiviti yang diamalkan bagi membantu untuk mencapai matlamat organisasi. Oleh itu , teori ini menolak konsep pemikiran rasional. Namun begitu masalah boleh wujud apabila simbol tidak membawa makna dan tradisi atau amal cara menjadi perkara biasa serta tidak dihayati oleh pekerja.


















RUJUKAN

Abdul Shukor Abdullah, 1997. Pengurusan Organisasi: Perspektif Pemikiran dan Teori. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Argyris, C. dan Schon, D.A.,1974.Theory in Practice: Increasing Professional Effectiveness. San Francisco: Jossey-Bass.
Bolman,L. dan Deal, T.,1984. Modern Approaches to Understanding and Managing Organizations. San Francisco: Basic Books.
Katz,D. dan Kahn, R.L., 1966. The Social Psychology of Organizations. New York: Wiley.
Taylor, F.W., 1911. The Principles of Scientific Management. New York: Harper & Row.
Von Bertalanffy, L., 1949. General System Theory. New York: Braziller.

2 comments:

  1. Slots Machine - Las Vegas - JTM Hub
    Our 김천 출장샵 slots machine 울산광역 출장샵 has amazing graphics and sound. Enjoy our casino 제주 출장샵 slot machines online with 포천 출장안마 JTM's amazing live dealer tables and play a lot more in 양주 출장샵 your

    ReplyDelete