Thursday, August 18, 2011


BAB 5 PERSPEKTIF PEMIKIRAN DAN TEORI SIMBOLIK DALAM PENGURUSAN ORGANISASI MEMBENTUK BUDAYA PENGURUSAN

5.1 PENGENALAN

Ketiga-tiga perspektif pemikiran dan teori pengurusan yang dibincangkan sebelum ini; iaitu perspektif pemikiran rasional dan struktur, pemikiran dan teori dan perhubungan manusia serta perspektif pemikiran kuasa dan politik; secara keseluruhannya menggambarkan bahawa organisasi bergerak dalam keadaan sesuatu yang pasti dan ianya boleh diramalkan. Namun yang demikian teori ini sebenarnya hanya dapat diterima dan boleh dilaksanakan di sebilangan organisasi sahaja khususnya bagi organisasi yang telah mempunyai matlamat yang jelas, mempunyai teknologi yang teratur serta pergerakannya pula sudah dapat dipastikan. Contohnya adalah bagi sebuah syarikat pengeluaran dan sebuah institusi pendidikan.

Atas dasar sukarnya untuk mengadaptasikan beberapa perspektif pemikiran dan teori yang dibincangkan sebelum ini dalam amalan, maka lahirlah perspektif pemikiran baru yang cuba menganalisis pengurusan organisasi dari sudut yang berbeza, iaitu dengan memberi fokus terhadap budaya pengurusan dan simbol yang wujud didalam sesuatu organisasi itu. Pemikiran simbolik ini sesuai digunakan dalam usaha untuk membina organisasi yang menghadapi cabaran ketidakpastian khususnya dari segi matlamat organisasi maupun teknologi yang dimiliki.

Bolman & Deal (1984) memberikan 5 andaian mengapakah kaedah simbolik ini digunakan dalam pengurusan organisasi apabila organisasi itu menghadapi ketidakpastian:-
(i) apa jua aktiviti yang berlaku dalam sesebuah organisasi sebenarnya adalah tidak terlalu penting, sebaliknya adalah apakah makna atau pengertian yang diberi terhadap apa yang berlaku adalah yang lebih utama;
(ii) makna atau pengertian disebalik apa yang berlaku pula bukanlah ditentukan oleh apa yang sebenarnya berlaku sebaliknya adalah bagaimanakah ahli-ahli dakam organisasi memberi tafsiran terhadap apa yang berlaku;
(iii) apa jua yang berlaku didalam organisasi biasanya adalah kabur dan tidak pasti menyebabkan kita sukar untuk mengetahui apa yang berlaku, sebab ianya berlaku serta apa pula yang akan berlaku selepas ini;
(iv) kekaburan tersebut seterusnya akan membataskan pendekatan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku;
(v) apabila berhadapan dengan keadaan kekaburan inilah manusia akan melahirkan satu lambang atau simbol untuk mengurangkan kekaburan tersebut agar kepastian dan matlamat dapat dimanfaatkan.

Contoh keadaan ketidakpastian dan simbol dalam organisasi yang boleh digunakan adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 5.1.

Jadual 5.1 Keadaan ketidakpastian dan simbol
Keadaan ketidakpastian dalam organisasi Inisiatif simbolik yang boleh digunakan
(a) sangsi tentang ketaatan wargakerjanya diadakan upacara menaikan bendera, bacaan ikrar dan lagu syarikat
(b) mewujudkan imej budaya tempatan dalam organisasi menggunakan lambang-lambang yang bersenikan tempatan
(c) mempamerkan kejayaan melaksanakan aktiviti pendidikan meningkatkan imej budaya ilmu dianjurkan majlis penyampaian ijazah dengan penuh gemilang

5.2 CIRI DAN KONSEP SIMBOL DALAM ORGANISASI

Simbol memainkan peranan tertentu dalam pengurusan organisasi. Slogan, lencana, wira, perhimpunan,perayaan serta metafora digunakan bagi melambangkan kebanggan dan tradisi sesebuah organisasi.

Perspektif pemikiran simbolik menyarankan organisasi sentiasa dipenuhi oleh beberapa persoalan yang sukar diselesaikan, sukar dijawab serta terdapat beberapa perlaksanaan yang sukar difahami. Atas sebab ini, simbol dicipta bagi memberi erti terhadap ketidakpastian dan juga sebagai penjelasan terhadap tindakan di dalam organisasi. Pelbagai jenis simbol telah digunakan bagi tujuan ini. Berikut adalah senarai simbol yang sering digunakan.

5.2.1 Mitos

Cohen (1969) yang mengkaji kesan simbolik mitos dalam pengurusan menyatakan:
(i) Mitos menjelaskan ketakpastian.
(ii) Mitos mentafsirkan fenomena.
(iii) Mitos menyemaikan perpaduan dan kesepaduan.
(iv) Mitos memberi kesahan.
(v) Mitos mewujudkan hubungan antara kehendak yang tidak disedari dengan konflik.
(vi) Mitos menyelesaikan percanggahan.
(vii) Mitos menghubungkan masa sekarang dengan perkara yang lepas.

Antara organisasi yang menggunakan mitos sebagai simbolik ialah Universiti Harvard, Malay College Kuala Kangsar, Universiti Oxford dan juga Maktab Rendah Sains MARA Taiping. Bagi organisasi yang telah disebutkan diatas, mitos yang menyelubungi sejarah organisasi tersebut amat istimewa. Misalnya, kecemerlangan akademik, pesatuan alumni, kehebatan pasukan ragbi atau bola sepak memberi impak kepada kegemilangan organisasi tersebut.

5.2.2 Cerita dan Cerita Dongeng

Salah satu simbolik yang hebat dalam organisasi adalah cerita ataupun cerita dongeng. Misalnya riwayat hidup pengasas Genting Highlands Berhad yang bermula secara kecil-kecilan dan berkembang menjadi empayar peniagaan. Bagi riwayat hidup Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari yang berjaya menubuhkan Yayasan Al Bukhary dan juga menguasai syarikat konglomerat gergasi MMC Sdn Bhd sentiasa menjadi cerita perangsang kepada organisasi tersebut untuk berkembang dengan lebih maju. Cerita ataupun cerita dongeng dikesan dapat meredakan konflik dalaman dan kemelut yang berlaku dalam organisasi tersebut selain member harapan yang tinggi, keselesaan dan kekuatan untuk mencapai matlamat organisasi.

Cerita sering digunakan oleh pihak pengurusan apabila menghadapi ketandusan untuk menerangkan sesuatu secara fakta. Cerita juga dapat memberi ketenteraman kepada ahli-ahli dalam organisasi atau orang luar, misalnya bantahan ibubapa terhadap kurikulum baru yang bakal dilaksanakan. Jika cerita mengenai kebaikan kurikulum baru yang digunapakai ini dapat disebarkan dengan baik, ia pasti dapat meredakan bantahan ibubapa. Mengikut Westland dan Sjostrang, cerita dan cerita dongeng adalah medium perhubungan secara tidak formal untuk orang dalam dan luar berkenaan hal-hal yang berlaku dalam organisasi. Kedua-duanya mengekalkan dan menyambungkan tradisi organisasi itu sendiri.

5.2.3 Amal Cara dan Perayaan.

Amal-cara dan perayaan adalah aktiviti atau rutin yang dirancang dalam pekerjaan kakitangan organisasi. Organisasi dipenuhi dengan amal-cara dan perayaan seperti menaikkan bendera, bersenam pada waktu pagi, menyanyi lagu, hari kualiti, hari kenangan dan sebagainya.

Deal dan Kennedy (1982) menyarankan bahawa tanpa amal-cara dan perayaan, budaya organisasi akan pudar dan lenyap.Tanpa amal-cara dan perayaan, nilai organisasi yang penting tak akan memberi makna kepada kehidupan organisasi. Ahli sesebuah organisasi akan merasa terpinggir dari pihak pengurusan dan hasilnya budaya berorganisasi tidak dapat diamalkan.

Amal-cara dan perayaan dijelmakan dalam organisasi dalam pelbagai bentuk, antaranya amal-cara sosial dan komunikasi, amal-cara kerja, amal-cara pengurusan dan amal-cara pengiktirafan. Amal-cara sosial bertujuan menerangkan kedudukan, identiti dan cara seseorang itu berhubung antara satu sama lain. Amal-cara Kerja pula bertujuan mengawal dan menyediakan peraturan system kerja misalnya amalan mengetip kad perakam waktu. Walaupun terdapat anggapan amal-cara ini membebankan pekerja, ianya secara tidak langsung menjadi budaya kerja yang bermakna kepada sistem dan peraturan kerja. Amal-cara ini juga memberi isyarat kepada dunia luar bahawa organisasi tersebut berjalan lancar, teratur dan sistematik. Amal-cara pengurusan pula lebih kepada amal-cara yang mementingkan perlaksanaan seperti menulis memo atau mengadakan mesyuarat mingguan. Terdapat pendapat yang mengatakan amal-cara ini lebih kepada harapan untuk satu usaha kearah penyelarasan sesuatu program namun jika amal-cara ini disisihkan, banyak pihak akan merasa satu kehilangan dan menanti dengan penuh harapan supaya amal-cara mesyuarat mingguan akan diadakan semula.

Amal-cara Pengiktirafan pula merupakan amal-cara yang sering diamalkan dalam sektor ketenteraan dan pendidikan. Amal-cara seperti ini mempunyai kepentingan nilai korporat melalui pemberian hadiah, ucapan penghargaan ataupun cerita tentang sumbangan individu yang membawa kejayaan organisasi tersebut. Kesimpulannya, Amal cara amat penting bagi pengurusan organisasi namun amalcara di sesebuah tempat tidak dapat di pindahkan ke organisasi yang lain contohnya, Amal-cara MRSM tidak dapat di laksanakan di Sekolah Menengah Tinggi Bukit Mertajam dan sebaliknya. Yang penting, pihak pengurusan perlu memahami amal-cara yang ada dalam organisasi masing-masing.

5.2.4 Perayaan/Konvesyen Kemeriahan

Simbolik Perayaan atau Konvensyen kemeriahan sentiasa dilakukan oleh syarikat jualan langsung seperti Amway, Arcopal dan Avon bagi meningkatkan motivasi dan kesungguhan jurujual dan ejen syarikat. Perayaan ini dipenuhi dengan jamuan, hadiah, cabutan bertuah dan tawaran pelancongan bagi menghargai sumbangan ahli-ahlinya.

5.2.5 Metafora, Humor dan Lakonan

Metafora, humor dan lakonan memberi makna kepada isu-isu yang kompleks, misteri ataupun sukar difahami secara terus. Ketiga-tiga simbol ini mempunyai fungsi tersendiri untuk menggambarkan budaya pengurusan organisasi. Simbol metafora berfungsi menerangkan perkara aneh menjadi satu pengertian yang tepat dan berupaya menjadikan satu pengertian yang tepat kepada satu perkara yang aneh. Misalnya jika sebuah sekolah dimetaforakan sebagai kilang, ini bermakna bahawa sekolah tersebut tidak lagi berfungsi sebagai sebuah institusi pendidikan unggul. Lakonan sebagai simbol melahirkan makna kepada pengurusan. Lakonan melahirkan keselesaan untuk memberi kesempatan mencari alternatif lain. Lakonan memberi peluang untuk mencuba sesuatu yang baru.

Kesimpulannya, metafora, humor dan lakonan memberi kesempatan kepada individu dan organisasi untuk mengetepikan pengaruh fakta dan logik dan menjadikan ikhtiar secara kreatif sebagai alternatif baharu kepada yang sedia ada.

5.2.6 Jaguh atau Wira

Organisasi memerlukan seorang jaguh atau wira untuk memberikan arah dan visi. Contoh yang terkenal adalah Steve Jobs, CEO bagi Apple Corporation. Kemunculan semula beliau di dalam syarikat ini telah mencetuskan idea kreatif dan arah tuju yang baru bagi syarikat ini dan merupakan penggerak utama yang menjadi nadi bagi syarikat Apple. Hasilnya, syarikat Apple mencatat jualan yang lebih tinggi berbanding syarikat Microsoft pada tahun lepas. Peranan wira yang penting dalam organisasi ialah meninggalkan kesan yang lama terhadap organisasi tersebut. Misalnya Henry Ford, dia tetap tinggal sebagai wira dan lambang kejayaan syarikat Ford Motors.

5.3 FUNGSI SIMBOL DALAM ORGANISASI

5.3.1 Pengenalan

Kebanyakan syarikat atau organisasi mempunyai simbol, logo dan slogan yang tersendiri bagi menonjolkan dan membezakan organisasi masing-masing. Simbol mempunyai 3 fungsi yang utama iaitu fungsi ekonomi, penjelasan dan penilaian dan ramalan. Bolman dan Deal (1984).

5.3.2 Simbol dan Ekonomi

Ahli organisasi memerlukan banyak maklumat, tetapi mereka tidak berkemampuan untuk memperoleh maklumat secara terperinci. Simbol dapat menjimatkan dari segi ekonomi dan masa untuk memperoleh maklumat. Contohnya syarikat Proton menggunakan simbol harimau untuk menggambarkan kehebatan dan kualiti produknya. Syarikat pengeluar kereta sport Ferrari menggunakan simbol kuda yang gagah untuk menggambarkan prestij, kelainan dan keupayaan keretanya. Simbol juga membawa makna atau pengertian yang diberi nilai ekonomi contohnya sekolah atau institusi pengajian terkemuka menggunakan simbol tertentu untuk menggambarkan kecemerlangan pendidikannya. Simbol untuk huraian dan kekaburan iaitu simbol akan lebih menonjol dalam organisasi yang penuh dengan kekaburan dan ketakpastian seperti institusi pendidikan.

Penilaian semula dan ramalan merupakan contoh simbolik dalam pengurusan organisasi. Institusi yang lama seperti Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Victoria Institution (VI) penuh dengan simbol saga berkenaan pengetua dan guru yang menggambarkan tahap kecemerlangan pada masa lalu serta menjadi teladan. Saga yang menjadi simbol sesebuah organisasi mula diterima secara meluas apabila lahirnya seorang pemimpin yang membawa perubahan dan memberi makna kepada organisasi tersebut. E.g Ayatollah Khomeini

Simbol mempunyai pengaruh yang positif dan negatif terhadap pengurusan organisasi dan kaedah bagaimana simbol tersebut direncana, disebar dan dilaksanakan oleh keseluruhan ahli dalam organisasi menjadi perkara yang sangat penting dalam menentukan halatuju organisasi.

5.3.3 Budaya Korporat

Sebuah organisasi bukannya bangunan, struktur kawalan atau kunci kira-kira, sebaliknya organisasi ialah satu sistem sosial yang menentukan prestasi organisasi secara mendalam. Aspek budaya dalam syarikat Jepun membolehkan mereka berjaya menyaingi syarikat-syarikat dari U.S. Antara persoalan yang dibuat dalam satu kajian ke atas 80 syarikat gergasi U.S ialah;
(i) Adakah syarikat X mempunyai satu kepercayaan nilai yang nyata dikalangan ahlinya?
(ii) Jika ada, apakah bentuknya?
(iii) Adakah tiap-tiap ahli dalam organisasi mengetahui kepercayaan itu? Jika ya, siapakah mereka dan berapa ramai yang mengetahuinya?
(iv) Bagaimanakah pegangan dan kepercayaan ini mempengaruhi perjalanan dan urusniaga harian mereka?
(v) Bagaimanakah kepercayaan itu disebarkan kepada semua ahli dalam organisasi?
(vi) Adakah kepercayaan ini diperkuatkan dan diperkukuhkan dengan proses perorangan, pengiktirafan, hadiah dan ganjaran?
(vii) Bagaimanakah anggapan ahli tersebut terhadap prestasi dan pencapaian organisasi?

Hasil kajian menunjukkan;
(i) Hanya 25 syarikat menyebarkan nilai kepercayaan kepada ahli-ahli organisasi secara jelas.
(ii) Daripada 25 syarikat tersebut, hanya 2/3 mempunyai nilai kualitatif seperti slogan “IBM means service” manakala 1/3 yang lain mempunyai matlamat berorientasikan kewangan.
(iii) Daripada 18 buah syarikat yang mempunyai kepercayaan bercorak kualitatif, kesemuanya berjaya mencapai prestasi yang cemerlang.

Hasil kajian mendapati bahawa budaya organisasi merupakan pengaruh yang ketara dalam menentukan kekuatan pengurusan organisasi.

5.3.4 Budaya Perniagaan

Empat ciri budaya dalam organisasi yang memberi sumbangan penting dalam meningkatkan prestasi
(i) Pengabadian falsafah secara meluas oleh ahli-ahli dalam organisasi tersebut.
(ii) Manusia amat penting.
(iii) Kewujudan pengurus atau eksekutif yang dinamik dan berwibawa.
(iv) Dipenuhi dengan amal-cara dan perayaan.

5.3.5 Unsur Budaya Organisasi

Unsur penting yang mempengaruhi aspirasi ahli organisasi.
(i) Persekitaran
(ii) Nilai
(iii) Kepimpinan
(iv) Upacara dan amal-cara
(v) Rangkaian budaya

5.3.6 Pentingnya Budaya yang Sihat

Kepentingan organisasi dalam membina budaya pengurusan dan perniagaan yang sihat ialah
(i) Melahirkan satu sistem peraturan tak formal sehingga menjadi panduan kepada tindakan dan budaya dalam tingkah laku.
(ii) Melahirkan perasaan bangga terhadap sumbangan yang diberi dan akan meningkatkan aspirasi dan motivasi.

Gejala negatif dikalangan pekerja dapat dikurangkan atau dilenyapkan melalui budaya organisasi yang kuat kerana budaya ini mempamerkan pengetahuan ahli tentang struktur, piawaian dan sistem nilai untuk bertindak dengan jelas. Usaha untuk membina budaya yang sihat bergantung kepada kepekaan pihak pengurusan terhadap kepentingan budaya dan simbol organisasi.

Antara usaha yang boleh dibuat oleh pihak pengurusan ialah
(i) Mengetahui dan menilai budaya dan nilai yang telah sedia wujud dalam organisasi tersebut, sekalipun nilai itu lemah.
(ii) Membina dan merancang nilai budaya ini berhubung dengan kehendak individu dan organisasi supaya selaras dengan matlamat dan perkembangan organisasi.
(iii) Mempunyai personaliti dan kewibawaan yang kukuh serta mempunyai misi yang luas.

5.3.7 Budaya Pengurusan Masa Depan

Budaya pengurusan pada masa depan akan melalui revolusi yang pesat disebabkan oleh tekanan perubahan persekitaran perniagaan, perubahan kepakaran buruh dan perubahan teknologi yang pesat. Organisasi besar bercorak tradisional, berpusat dan berhierarki akan runtuh dan akan digantikan dengan organisasi bercorak desentralisasi. Iaitu sebuah organisasi yang sistem kerjanya dilaksanakan oleh unit-unit kecil yang bebas dan dihubungkan dengan organisasi induk melalui rangkaian perhubungan dan sistem komputer yang cekap. Perubahan ini akan melahirkan usahawan diperingkat unit kecil serta menukarkan peranan pengurus peringkat pertengahan yang digantikan dengan mekanisme sosial yang menumpukan kepentingan terhadap budaya kerja.

Bentuk organisasi masa depan yang sesuai ialah atomized organization iaitu satu sistem rangkaian unit pengurusan yang dihubungkan dengan pengurusan induk melalui sistem mini dan mikrokomputer dalam pengurusan yang bercorak desentralisasi. Contohnya McD, Pizza Hut, KFC, 7-11 dan lain-lain.

Perubahan yang berlaku adalah disebabkan oleh tiga sebab berikut:
(i) Persekitaran pengurusan dan perniagaan berkembang dengan lebih kompleks menyebabkan proses pengeluaran lebih kompleks dan tidak dapat dikawal melalui satu pusat pengurusan.
(ii) Arus perubahan terlampau pesat menyebabkan pengurusan secara berpusat atau sejagat tidak sesuai.
(iii) Persaingan akan lebih hebat dan sejagat menyebabkan pihak pengurusan organisasi tidak dapat menghadapinya secara berpusat.

Ciri-ciri organisasi masa depan adalah seperti berikut;
(i) Kecil dengan unit-unit bermatlamatkan tugas (antara 10 hingga 20 ahli).
(ii) Tiap-tiap unit mempunyai kebebasan dari segi kawalan pengurusan dan juga rancangan.
(iii) Tiap-tiap unit dihubungkan dengan entiti yang lebih besar melalui sistem komputer dan perhubungan.
(iv) Disepadukan dengan syarikat atau organisasi yang besar melalui budaya kerja yang sihat.

Sebab-sebab atomized organization sesuai pada masa depan ialah;
(i) Banyak kajian telah menyatakan bahawa manusia berfungsi dengan lebih berkesan dalam unit-unit yang kecil.
(ii) Tekanan daripada kumpulan setara (peer group) dalam unit yang kecil akan memberi rangsangan untuk meningkatkan produktiviti. Ini hanya dapat dicapai dalam unit yang kecil apabila hubungan antara ahli kumpulan setara dan rapat.
(iii) Budaya kerja dapat dibina dan disemai melalui unit-unit yang kecil. Unit-unit kecil ini akan wujud dengan lebih persepaduan serta melahirkan produktiviti dan keberkesanan yang lebih tinggi.
(iv) Hubungan komunikasi dan komputer yang akan menyelaraskan unit-unit individu lebih murah jika dibandingkan dengan lapisan hierarki pengurusan seperti yang wujud dalam organisasi sekarang.

5.4 STRATEGI PENGUKUHAN PENGURUSAN ORGANISASI MELALUI TINDAKAN SIMBOLIK

5.4.1 Pengenalan

Penerapan unsur simbolik dalam pengurusan dapat memantapkan pengurusan , melahirkan jangkaan, rangsangan dan mengurangkan kekaburan di dalam membuat keputusan. Unsur ini akan melahirkan kesefahaman yang saling bergantung untuk menyelesaikan masalah
Bil Organisasi Kajian Simbolik Struktur Natijah
1 Masjid Imam – Pengerusi
Bilal – Timbalan Pengerusi
Noja – AJK

Bulan dan Bintang Dapat dilihat bahawa simbol agama di mana ketua di dalam solat juga ketua yang menerajui organisasi.

Seni bina dari zaman khalifah Abasiyah dan khalifah Al Makmun berterusan kegemilangan memberi motivasi intrinsik
2 Hospital Pengarah – Doktor
Memberi persepsi baik dimana kawalan kesihatan diletakkan kepada orang yang betul. Secara persepsinya meletakkan sesuatu pada tempatnya (adil).

Persepsi adanya pemeriksaan yang dijalankan secara teratur bukan doktor bertugas sambil lewa di bawah pokok sahaja.


Persepsi positif- Kebajikan pesakit terjaga
Persepsi negative- lambat mendapat rawatan

Persepsi menjaga kebersihan dan keselamatan. Warna putih juga bermaksud suci dan tulus.

dalam pengurusan dan memberi panduan kepada organisasi bagaimana untuk bertindak dalam mencapai keputusan untuk masa depan dan cabaran yang semakin kompleks didesawarsa ini.

Persoalan terbesar yang mengganggu pemikiran dan minda kita adalah bagaimana tindakan secara simbolik itu dapat mengubah persepsi pekerja-pekerja di dalam organisasi samada sedar ataupun di bawah sedar. Penerapan nilai, kepercayaan dan budaya di dalam organisasi perlu dijalankan secara mendalam dan teliti agar segala tindakan dapat dikawal sepenuhnya tanpa mengabaikan faktor-faktor luaran seperti kejiwaan dan spiritualnya. Oleh itu penerapan budaya dan pengurusan perlu bermatlamat untuk melahirkan rangsangan positif selain dari memupuk minat dan keupayaan yang lebih tinggi dapat ditimbulkan oleh ahli. Bolman dan Deal (1984) menyatakan dua cara pengurusan organisasi dapat dikukuhkan melalui tindakan simbolik iaitu:
(i) Mensimbolikkan struktur organanisasi
(ii) Mensimbolikkan proses pengurusan organisasi

5.4.2 Mensimbolikkan Struktur Organanisasi

Secara tradisionalnya pengurusan organisasi digambarkan secara hubungan mendatar dan menegak. Oleh sebab itu struktur organisasi perlu selaras dengan keperluan dan tujuan organisasi. Oleh yang demikian rekabentuk organisasi perlu diselaraskan dengan matlamat, teknlogi dan persekitaran (Woodward, 1970: Perrow, 1972: Lawrence dan Lorsch, 1967).

Bil Organisasi Kajian Simbolik Struktur Natijah
1 Negara Cina selepas era Mao Tze Tung Menteri dari kalangan ahli sains dan pemegang ijazah PhD Persepsi positif- Negara diterajui oleh mereka yang faham tentang kemajuan dimana sains dan teknologi melambangkan kemajuan.
Persepsi negatif- Ahli sains dan teknologi mengurus dari perspektif ‘fact and figures’ , kurang ‘humanist’ menjadikan rakyat tertekan.
2 Toyota Penilaian dan program terkini dan menjadi ‘trailblazer’ dan ‘pace settter’ kepada industri: contoh teknik amalan: ‘kanban’, ‘genchi genbutsu’, ‘kaizen’ dan ‘bushido’ Menjadi ikutan di Amerika dan di Eropah sehingga di adaptasi di dalam budaya barat. Walaupun keberkesanan teknik masih boleh dipersoalkan. Namun melalui teknik moden yang disimbolkan dari semangat Jepun banyak syarikat Jepun yang berjaya dan syarikat barat yang mengikuti teknik yang sama juga berjaya (General Motors dan Volkswagen).
3 MARA Pembudayaan 5S Dari segi pemikiran, organisasi digambarkan sebagai berjaya dan tersusun setelah ditauliahkan 5s walaupun dari segi pembudayaan belum lagi dicapai sepenuhnya.
4 Pembinaan Negara Madinah Penyatuan Kaum Aus dan Khajaraj (Baiatul Madinah) Masyarakat arab mempunyai semangat kabilah yang kuat. Namun dengan adanya bai’ah antara kaum itu menunjukkan melalui persepsi penyatuan sebuah Negara baru yang lebih bersistematik dapat diwujudkan.

Jadual 5.2 Peranan simbol dalam organisasi

Secara ringkasnya teori simbolik memberikan pandangan alternatif bagi digunakan oleh organisasi. Namun dari kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa tiada hubung kait antara struktur organisasi dengan aktiviti yang berlaku. Bagi organisasinya yang tidak maju teknologinya, simbol memainkan peranan yang amat penting. Beberapa contoh di dalam Jadual 5.2 menggambarkan peranan simbol di dalam organisasi.

Satu cara lagi untuk mensimbolikkan struktur adalah melalui mewujudkan simbol atau imej yang moden seperti dalam Jadual 5.3.

Jadual 5.3 Simbol dan imej moden

5.4.3 Mensimbolikkan Proses Pengurusan Organisasi
Bil Proses Kajian Simbolik Proses Hasil
1 Mesyuarat Perancangan secara instruktif Carta Gantt
2 Pelan Blue Print – proses secara rasional dan sistematik Pelan Pemasaran Baru
(Coca Cola vs Pepsi)
Pelan sebagai muslihat
(Lembaga Pengarah)
Pelan sebagai proses interaksi
(Kalender Akademik)
Pelan sebagai proses pengiklanan
(Airasia, AHB, Airbus)
3 Brainstorming Penilaian Mewujudkan imej serius dan tanggungjawab tinggi (ATM)
4 VSS Tawar Menawar Kolektif Tawaran pemberhentian yang memberikan situasi meneng-menang antara majikan dengan pekerja
5 Idea aneh dan luar biasa Kuasa Mitos kuasa- pemimpin dianggap berkuasa jika dapat melakukan sesuatu yang aneh dan luar biasa sebagai contoh Ayah Pin. Kuasa didapati dari mereka yang mendampingi orang yang luar biasa ahli politik tertentu. Kuasa yang didapati dari pemimpin ketika dan tempat yang sesuai sebagai contoh Ronald Reagen.

Proses yang berlaku secara formal umpamanya penilaian, kewangan, perancangan dan perundingan. Manusia terlibat dalam proses pentadbiran umpama mesyuarat namun tidak member makna secara langsung kepada sebahagian organisasi kerana ia sentiasa diganggu oleh sistem penyampaian yang kurang berkesan dan pemindahan maklumat yang lemah. Antara proses yang dapat disimbolikkan adalah seperti dalam Jadual 5.4.

Jadual 5.4 Simbolik proses pengurusan organisasi

Gambaran pengurusan amat penting dalam memberikan makna dalaman sesuatu organisasi tersebut. Persepsi sebuah pengurusan adalah satu proses teknik yang berulang dan memberi pengukuhan bahawa amalan-amalan simbolik telah dijalankan untuk mengukuhkan organisasi tersebut.

5.5 KESIMPULAN

Kekuatan perspektif simbolik dalam organisasi boleh dilihat dengan pewujudan budaya kerja yang unggul boleh dilihat melalui kualiti dan prestasi organisasi, Perspektif simolik juga mampu meningkatkan ketaatan pekerja terhadap organisasi. Manakala kelemahan perspektif simbolik termasuklah sukar untuk membuat penilaian secara terperinci bagi menentukan kesesuaiannya. Kelemahan lain ialah penggunaannya agak terbatas kerana abstraknya makna disebalik simbol-simbol yang digunakan. Apapun simbolik yang digunakan kadangkala boleh memberi tafsiran yang baru terhadap dinamik yang berlaku didalam sesebuah organisasi.

RUJUKAN
Abdul Shukor Abdullah, (1991), Pengurusan Organisasi-Perspektif Pemikiran dan Teori, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, ISBN: 983-62-1974-9
Blank, William E. (1982), Organization Theory: Concepts and Cases, New Jersey: Prentice-Hall. ISBN: 07248103239780724810321
Carnevale Anthony P. et al (1991), Training the Technical Work Force, San Francisco: Jossey-Bass Pub. ISBN:
Doughlas Benton, Jack Halloran, (1991)(4th Ed.), Applied Human Relations: An Organizational Approach, Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall. ISBN: 0130409812.
Howard D. Gordon (1999), History and Growth of Vocational Education in America, The Allyn & Bacon; Needham Heights. ISBN: 0-205-27512-5.


Contoh-contoh slogan yang mempunyai peranan simbolik tertentu


Bil Syarikat Slogan
1 Kentucky Fried Chicken Its finger licking good
2 De beers Diamonds are forever
3 Adidas Impossible is nothing
4 Nike Just Do It
5 Air Asia Now everyone can fly
6 Giant Harga terndah setiap hari
7 Apple Think Different
8 Toyota Moving forward
9 Honda Power of dream
10 Bank Rakyat Anda mesti pilih
11 Nissan Shift the future
12 BMW Ultimate driving machine
13 Mc Donalds I’m lovin it
14 M&M Coklat yang cair di dalam mulut, bukannya di tangan anda
15 PDRM Mesra, Cepat dan Betul
16 UTHM Dengan Hikmah, Kita Meneroka
17 UKM Inspiring futures, nurturing possibilities.
18 UTM Demi Tuhan Untuk Manusia


No comments:

Post a Comment